Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 6, 2023 @ 2:52pm

“Dia Sama Ibarat Macam Hang Pukul Mak” – Luah Rasa Geram, Caprice Bagi Cadangan Cara Lepaskan Baran…

Penyanyi rap Caprice tampil menyuarakan pendapat mengenai isu pelakon Hafidz Roshdi yang memukul isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia menyifatkan kaum lelaki yang melakukan keganasan terhadap wanita terutamanya kepada isteri adalah seorang lelaki yang lemah.

“Malaysia dengar sini, saya takkan petik nama sesiapa. Secara umum kepada semua kaum lelaki dekat luar sana, kalau hang berani pukul perempuan sebenarnya hang bukan jantan, hang tak ada telur, hang lelaki yang paling lembik.

“Dia sama ibarat macam hang pukul mak. Hang okey ke kalau orang pukul hang punya mak? Takkan?

“Dengar sini, kalau kita ada baran, kalau istighfar pun tak jalan, hang pergi lah keluar rumah cari gangster. Kuala Lumpur ni ramai je gangster ajak mereka untuk bertembung bergaduh,” katanya.

Tambahnya lagi, isu keganasan rumah tangga banyak terjadi di Malaysia dan perkara ini perlu dipandang serius.

“Keganasan rumah tangga ni adalah masalah yang besar. Ada ramai mangsa dekat luar sana yang tak berani bersuara dan tampil kedepan sebab aib.

“Harap-harap isu ni dapat meningkatkan kesedaran tentang keganasan rumah tangga, InsyaAllah,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Thu, 9 Feb 2023
Drama Mon, 19 Dec 2022

Tonton Apa Hari Ni: ‘Hati Tanpa Rasa’

Apa rasa hati tanpa rasa?

Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Featured Wed, 17 Aug 2022

#WhazzupNetizen: Elon Musk Prank Peminat MU, Trend Makan Tiram Mentah Harga Murah & Netizen Tak Setuju Syamsul Yusof Jadi Pengarah Mahsuri?

Peminat MU jangan kecewa ya kena scam dengan Elon Musk. Alamak, beraninya makan tiram mentah RM6 je! Eh, kenapa netizen tak setuju tu? Katanya air tangan Kabir Bhatia lagi mantap? Ini Tiga topik menarik dalam #WhazzupNetizen minggu ini!

Featured Mon, 22 Jul 2019

Panduan memakai tudung bawal bagi wanita bermuka bulat

Ilusi bentuk muka ilusi lebih tirus

Hiburan Thu, 30 Apr 2026

“Kalau Mok Dah Tak Ada…” – Mekyun Doa Dapat Ibu Mentua Penyayang, Nak Rasa Kasih Seperti Anak Sendiri

Menurutnya, jauh di sudut hati, dia sering memikirkan tentang masa depan sekiranya insan paling disayanginya sudah tiada lagi.

error: Content is protected !!