Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 21, 2026 @ 1:00pm

“Dia Silap Sebab Bonding Kami Terlalu Luar Biasa”- Syatilla Melvin Beri Amaran Buat Individu Didakwa Aniaya Syida

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin mencuri perhatian ramai apabila tampil memberikan amaran terbuka terhadap individu yang dipercayai menganiaya adiknya, Syida Melvin.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Syatilla dilihat lantang mempertahankan adiknya selain mendakwa Syida kini berdepan gangguan daripada individu yang mempunyai personaliti narsisistik atau Narcissistic Personality Disorder (NPD).

“Mangsa gangguan personaliti narsisistik (NPD) kali ini sistem sokongan yang amat dahsyat kuat dia. Kau ada siapa? Aku rasa orang luar pun tahu macam mana rapatnya kami adik-beradik.

“Kalau orang lain mungkin dah gila tapi adik aku takkan gila sebab dia tahu tak berbaloi langsung,” katanya.

Dalam masa sama, Syatilla turut menegaskan dia bersama adik-beradik lain akan terus mempertahankan Syida serta anak-anaknya.

“Dan dia tahu kakak-kakak dia akan memperjuangkan untuk dia dan budak-budak. Jadi, minta fikir banyak kali sebelum nak aniaya dia,” katanya lagi.

Tidak hanya itu, Syatilla mengakui dia tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain, namun situasi melibatkan adiknya dianggap sebagai sesuatu yang serius.

“Kalau melibatkan benda lain, aku memang tak kuasa nak campur hal rumah tangga orang. Tapi NPD kes istimewa. Darah daging aku tu, dia silap sebab bonding kami terlalu luar biasa,” katanya.

Sebelum ini, Syida menerusi luahan panjang di IGs miliknya mendakwa dirinya dianiaya oleh seorang individu berinitial SS yang dipercayai suaminya.

Artikel Berkaitan: “Dasar Narsisistik! Aku Kena Jadi Pengemis Dekat Company Sendiri, Stay Merata Rumah Family” – Syida Melvin Dakwa Dianiaya Suami?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Dongho and His Father Speak Up About the Divorce Rumours

Hopefully baby Asher will be alright through it all.

Featured Thu, 25 Jul 2024

Kembali Menetap Di Malaysia, Yuna Dalam Perancangan Miliki Zuriat

Semoga semuanya dipermudahkan untuk Yuna!

Hiburan Wed, 14 Aug 2024
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Kayda Aziz Akui Sukar Ulangi Kehebatan Ibu

Kadang-kadang usaha tu penting untuk berjaya okay!

Hiburan Sat, 26 May 2018

Meriah Tetap Sama, Zahirah MacWilson Bakal Beraya Di Perth!

Selesai sahaja di set, saya akan pulang beraya di Perth. Ibu, adik beradik dan sanak-saudara majoriti ada di sana. Yang penting, juadah wajib Raya seperti Rendang dan lontong pasti ada. Kemeriahannya sama seperti di Kuala Lumpur!

Hiburan Sat, 24 Jan 2026

“Saya Tak Benci Awak & Tak ‘Backup’ Pembuli” – Janna Nick Mohon Maaf Kepada Puteri Balqis, Ajak Berjumpa Jernihkan Keadaan

Janna turut memohon maaf atas ciapannya sebelum ini yang dikatakan menjadi punca perbalahan antara dirinya dan Aqish tercetus

Hiburan Fri, 14 Nov 2025

“Saya Masih Tak Beli Rumah Sebab Elak Riba” – Farah Lee Nasihat Anak Muda Jangan Gopoh

Aktivis kemanusiaan dan personaliti media sosial, Farah Lee tampil memberikan pandangan peribadi berhubung kekeliruan anak muda masa kini yang masih teragak-agak sama ada mahu membeli atau menyewa rumah. Menerusi hantaran di Threads, Farah atau nama […]

error: Content is protected !!