Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 29, 2026 @ 4:10pm

“Dia Tinggalkan Saya Dengan Empat Anak, Hutang & Dua Skandal” – Ibu Zahirah Macwilson Dakwa Bekas Suami Hasut Anak, Cemburu Kehidupan Baharu?

Ibu kepada pelakon, Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff tampil membalas kenyataan dipercayai dimuat naik bekas suaminya, Zainol Macwilson menerusi media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Maslinda membuat beberapa dakwaan berhubung kehidupan lampau mereka selain mendakwa bekas suaminya bersikap cemburu terhadap kehidupan yang dinikmatinya ketika ini.

Menurut Maslinda, bekas suaminya didakwa tidak senang melihat hubungan baik yang terjalin antara anak-anak mereka dengan bapa tiri.

“Manusia ni penuh dengan hasad dengki, penyakit ain.

“Cemburu dengan kehidupan saya lebih baik sekarang. Cemburu dengan anak-anak lebih sayang bapa tiri daripada dia.

“Sekarang puas hati dia, anak-anak perempuan ikut cakap dia. Hasut, ‘poison’ anak-anak supaya benci kami berdua,” dakwanya.


Dalam masa sama, Maslinda turut mendakwa bekas suaminya pernah meninggalkan dirinya bersama empat cahaya mata dalam keadaan dibebani hutang selain berlaku curang.

“Ini manusia yang suka hidup dengan drama. Dia tinggalkan saya dengan empat orang anak, hutang-hutang dan ada dua skandal, curang.

“Konon dialah yang paling menjadi mangsa. Jangan sampai saya buka aib kenapa anak bongsu diusir keluar. Nanti malu sendiri, bapa kandung tak tahu ajar anak.

“Dari dulu dia memang benci suami saya sebab suami saya lebih bertanggungjawab daripada dia,” katanya.

Maslinda turut mendakwa hubungan bekas suaminya dengan anak lelaki mereka sudah lama bermasalah kerana didakwa tidak mengendahkan anak itu sebelum ini.

“Ada sebab anak lelaki tak bercakap dengan dia. Dia sendiri tak pedulikan anak lelaki dia dulu. Sekarang baru nak tunjuk dia seorang bapa yang baik,” ujarnya.

Sebelum ini, Maslinda mencuri perhatian apabila mendakwa hubungannya dengan anak perempuan, termasuk Zahirah, semakin renggang sejak empat tahun lalu.

Artikel Berkaitan: “Semakin Saya Biarkan, Semakin Melampau & Biadap!” – Ibu Zahirah Macwilson

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan balas daripada Zainol Macwilson berhubung dakwaan yang dikemukakan Maslinda.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 9 Nov 2023
Hiburan Thu, 14 Nov 2024
Trending Thu, 17 Jun 2021

DJ Cza Bergabung Dengan TujuLoca & MK Dalam Veto

Hip-hop boleh dianggap seperti satu genre muzik yang mampu menyelamat. Ia adalah bunyian yang membina sehingga menjadi kukuh dan tidak termusnah. Ia mampu menaikkan semangat dan mengajar untuk menentang rintangan. Di kala dunia dilanda pandemik, […]

Selebriti Thu, 14 Dec 2023
Trending Mon, 26 Feb 2018

Singaporean 5-Star Hotel Fulfils Tourist’s Super Strange Request

The award for Best Customer Service of the Year goes to Singapore Marriott Tang Plaza Hotel.

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Sat, 2 Aug 2025

[VIDEO] Cik B Jumpa ‘Bomoh Tulang’, Ikhtiar Cara Kampung Mahu Cepat Sembuh

Cik B rawat lutut cara kampung, jumpa bomoh tulang

error: Content is protected !!