Euforia Bola 2026
Hiburan By: Dharnieya Nur Amelsa December 3, 2022 @ 5:15pm

“Dia Yang Salah, Dia yang Merajuk…” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Wawa Zainal Marah Aeril Zafrel

Pasti ramai yang mengenali pelakon Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal yang sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat kelakar dan romantis mereka.

Terbaharu, rakaman siaran langsung pasangan itu telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok iaitu @misspotatofries sehingga berjaya meraih perhatian ramai.

@misspotatofries Kisah smlm Aeril terkoyakkan baju Wawa 😂😂😂 Aq nda bleh laa diorang laki bini ni. Nda pnah nda lawak 🤣🤣🤣🤣 #Wawa #Aeril ♬ Funny Song – Cavendish Music

Menerusi perkongsian itu, Wawa menyuruh Aeril untuk mengambil bajunya ditepi. Walaubagaimanapun, ketika Aeril ingin mengambil baju tersebut kedengaran bunyi koyak.

“Eh! koyak sudah ni,” kata Aeril di dalam video tersebut.

“Ya Allah Aeril! Dia kasi koyak guys! Terhimpit dengan kerusi. Lepas itu, dia pergi tarik je macam itu. Ya allah baju ini sayang tau. Dah lah limited edition susah nak cari,” Jerit Wawa yang terkejut.

Namun, apa yang menghiburkan hati penonton adalah gelagat Aeril yang merajuk selepas dimarahi oleh Wawa .

“Kau bunuh saja lah aku, kalau itu dapat senangkan hatimu. Pergi ambil pisau sana!” Kata Aeril sekali lagi.

“Jadi apa lah kau ni merajuk-merajuk, itu pun mahu merajuk! Dia yang buat salah, dia yang merajuk,” Jawab Wawa.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri itu.

“Memang macam itu kan, kalau suami salah, suami yang merajuk pulak.

“Dia ibarat kau yang pergi tapi kau yang tersakiti hahaha. Dia buat koyak dia pulak yang merajuk.

“Dia yang salah, dia yang merajuk hahaha.

“Ariel merajuk weiii hahaha.

“Adu bah merajuk bah si Aeril hahaha,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Ben Ladin Digelar Pengkid, Kenapa Agaknya?

Apapun, bagilah peluang buat artis muda kita ni berkarya, dan jangan suka mengutuk tanpa usul periksa. Ingat tu!

Events Thu, 7 Jun 2018

Buka Puasa Gaya xtra! Minit Akhir Nostalgia Ramadan di 10 Binjai PNB Perdana On The Park

Nak rasa masakan seolah air tangan ibu? Nah inilah tempat paling ideal buat anda mengimbau kenangan indah menu berbuka ala desa!

Hiburan Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Ini 5 Rancangan Wajib Tonton Anda!

Jangan risau kerana tonton akan sentiasa memenuhi kehendak anda dengan menyiarkan drama-drama yang semestinya mendapat tontonan paling tinggi di Malaysia. Kalau nak tahu apakah drama tontonan yang paling mendapat tempat dihati masyarakat, Jom Kita lihat senarai ini!

Trending Wed, 4 Apr 2018

Peminjam Lunas Hutang, PTPTN Berjaya Kutip RM 1.84 bilion

“Ini merupakan kesan positif daripada tindakan menyenarai hitam peminjam yang lalai membayar pinjaman. Ia jelas menunjukkan tindakan tersebut bukan untuk menindas tetapi mendidik peminjam supaya mereka lebih berintegriti dan bertanggungjawab membayar hutang,” katanya.

Hiburan Tue, 9 Jun 2026

Penampilan Gaun Kuning Dikritik, Abang Syed Saddiq Tampil Pertahankan Bella Astillah – “Leave Her Alone”

abang kepad Saddiq iaitu Syed Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Truedollah tampil mempertahankan tunang adiknya itu. 

Hiburan Wed, 6 Aug 2025
Hiburan Wed, 19 Jun 2024
error: Content is protected !!