Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 23, 2025 @ 11:07am

Diana Danielle Didakwa Jalin Hubungan Cinta, Siap Kantoi Jalan Berpegangan Tangan?

Desas desus mengenai status pelakon popular, Diana Danielle yang didakwa kini sedang hangat menjalin hubungan cinta menyorot perhatian ramai pihak.

Memetik laporan Utusan, pelakon filem Imaji itu dikatakan berjalan bersama seorang individu lelaki, berkulit sawo matang di sebuah pusat membeli belah sambil berpegangan tangan.

Menurut sumber lagi, pasangan itu didakwa baru sahaja selesai menjalani aktiviti sukan memandangkan kedua-duanya memakai pakaian tersebut.

Tambahnya, individu lelaki itu juga bukan dalam kalangan penggiat industri seni tempatan.

“Barangkali mereka baru sahaja selesai buat aktiviti sukan. Sebab mereka pakai baju sukan.

“Rasanya memang sah lah mereka bercinta sebab jalan seiringan sambil tak lepas berpegangan tangan. Boleh tahan ‘handsome’ lelaki itu,” dakwanya.

Diana Danielle

Untuk rekod, Diana pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor popular, Farid Kamil pada 3 November 2012.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Bagaimanapun, pasangan ini berdepan kemelut rumah tangga dan mengambil keputusan untuk bercerai pada 10 Ogos 2023 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh idah.

Namun, rumah tangga yang dibina tidak bertahan lama apabila kedua-duanya sah bercerai pada 24 Mac lalu selepas Diana memfailkan penceraian pada 4 November tahun sebelumnya.

 

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 20 Jan 2022

Bakal Rehat Setahun Selepas Bersalin, Eyra Hazali Isi Masa Dengan Bisnes

Pelakon Eyra Hazali, 23, bakal mengambil cuti yang lebih panjang selepas melahirkan anak keduanya nanti. Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli ini mahu mengisi masa dengan ilmu perniagaan serta mahu […]

Hiburan Sun, 14 Dec 2025
Trending Thu, 8 Apr 2021
Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Hiburan Mon, 21 Oct 2024

“5 Tahun Berlakon, Saya Tak Pernah Ada Kontroversi” – Siti Khadijah 

Kadang kala tak perlu ada kontroversi pun untuk jadi popular kan 😌

Featured Sat, 26 Jun 2021

i-Sinar 2.0 : Bantuan Yang Wajar Diumumkan Dalam Masa Terdekat – Menteri Kewangan

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz hari ini memaklumkan kerajaan akan mengambil tindakan secepat mungkin berikutan isu i-Sinar dan moratorium.  Menerusi laman Facebooknya, beliau berkata kerajaan telah berbincang dengan Perdana Menteri, YAB Tan Sri […]

Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Featured Tue, 20 Dec 2022

Imran Bard Bangga Miliki Kancil Turbo – “Kalau Kat Highway Aku Kanan Je!”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi berjaya mencuri tumpuan warganet dengan gelagat dan kata-katanya yang sering menyelar tohmahan orang luar terhadap dirinya. @kucengnanges hidup kancil! 🚙 #anakkirimansyurga #imerang #imranbard #anaqkirimanheaven #kancilturbo ♬ original sound […]

Hiburan Mon, 25 Dec 2017

Giliran anak Shaheizy Sam pula…

followers di Instagram dah hampir 400,000. Power betul ‘penangan’ anak aktor Shaheizy Sam ni!

error: Content is protected !!