Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 2, 2023 @ 9:30pm

[VIDEO] Seram! Rumah Azhar Sulaiman Pernah Jadi Bekas Tempat Pemujaan Orang Asli – “Batu Granite Ni Memang Tak Boleh Dipecahkan…”

Pelakon, Azhar Sulaiman mendedahkan sebahagian kawasan kediamannya merupakan bekas tempat pemujaan Orang Asli.

Menerusi video berdurasi lebih 1 minit itu, Azhar berkata terdapat satu kawasan dalam rumahnya mempunyai batu besar granite yang tidak boleh dipecahkan.

Batu tersebut bukan sahaja wujud di kawasan dalam rumah, malah juga merebak terkeluar sehingga ke luar pintu rumah utamanya.

“Kalau orang datang rumah Behar (panggilan Azhar), mereka akan tanya ‘ini ruangan apa eh? Macam tempat store tapi nampak tinggi’

“Kat bawah tempat tu sebenarnya ada batu granite yang tak boleh dipecahkan. Susah gila nak pecah, batu tu memang tak nak pecah.

“Batu yang besar ni bukan setakat tak dapat dipecahkan, malah dia terkeluar sampai ke dinding luar rumah,” tuturnya.

Sementara itu, aktor drama rantaian Budak Tebing 3 ini juga berkata dia telah mencuba pelbagai cara namun tidak berhasil.

Susulan itu, Azhar berpendapat bahawa berkemungkinan pihak orang Asli sebelum ini tidak mahu tempat pemujaan mereka itu dimusnahkan.

“Pelbagai cara dah dicuba untuk pecahkan batu ini, tapi mungkin mereka (orang asli) tak membenarkan batu ini untuk dipecahkan.

“Batu ini sebahagian daripada tempat orang asli memuja dan sembahyang dulu. Jadi masa site visit, jumpa tempat ni tapi tak sangka pula ianya sebahagian daripada pintu utama rumah saya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa seram terhadap pendedahan Azhar berhubung batu pelik di rumahnya itu.

Dalam video lain, Azhar menunjukkan batu granite lain yang berada di depan gate kawasan rumahnya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 600,000 tontonan, 37,000 tanda suka dan lebih 400 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 13 Aug 2022

Ahmad Tarmimi Siregar Masih ‘Berbisa’… Bawa Watak Utama Dalam Filem Indonesia ‘Perjalanan Pertama’

Besarnya pengorbanan Gaek Tan untuk Yahya. Min sedih betullll☹☹☹

Trending Thu, 16 Jul 2020

Malaysia Sedia Jadi Lokasi Pembotolan Vaksin Covid-19

Semoga Malaysia berjaya tampil sebagai negara pengeluar vaksin!

Trending Wed, 1 Jan 2020

Sekarang Thailand Pula Larang Penggunaan Beg Plastik Mulai 1 Jan 2020

Selepas Malaysia sekarang Thailand ikut jejak untuk larang penggunaan beg plastik

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

《Durian Kaya Teh Tarik》荣登本地中文综艺收视冠军

八度空间全新户外游戏节目《Durian, Kaya, Teh Tarik》自开播收视屡创佳绩,荣登本地中文综艺收视冠军!

Featured Thu, 1 Sep 2022

Selamat Lahirkan ‘Baby Merdeka’, Mona Allen Mohon Maaf Tak Sempat Balas DM

Wah! Welcome ‘Baby Merdeka’ 😍
Tahniah Mona Allen & Pekin

Eat Travel Sun, 21 Aug 2022
Trending Mon, 27 Aug 2018

Penemuan Baru: Najis Bayi Berupaya Melawan Penyakit Dan Bantu Turunkan Berat Badan

‘Koktel’ probiotik yang diperbuat daripada bakteria dalam najis bayi dikatakan boleh menambah baik kesihatan secara keseluruhan.

error: Content is protected !!