Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie December 10, 2023 @ 6:40pm

Dibunuh Angkara Dendam Kepada Ahli Keluarga? Ini Respons Datuk Zayn Rayyan

Berdasarkan ulasan penganalisis jenayah bebas, Shahul Hamid Abdul Rahim, kematian kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan adalah kebarangkalian bermotifkan dendam

Menurutnya, hasil bedah siasat menunjukkan dia diculik kerana terdapat kesan pergelutan akibat mangsa mempertahankan dirinya.

“Perasaan dendam dengan ahli keluarga mungkin boleh dikatakan sebagai motif kes adik Zayn Rayyan ini,” katanya.

Namun demikian, datuk Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, 55 menyangkal dakwaan yang mengatakan ada pihak berdendam dengan ibu dan ayah kanak-kanak yang tidak berdosa itu.

Memetik laporan Harian Metro, anak dan menantunya baru tiga tahun sahaja menetap di Apartment Idaman tersebut.

Baginya, tidak ada pihak yang memendam rasa iri atau dengki terhadap keluarga kecil itu.

“Anak saya baru duduk sini lebih kurang tiga tahun. Rutin harian mereka pergi kerja, balik kerja. Hanya jiran depan rumah yang kenal dia, yang lain saya tidak tahu… apa hubungan mereka nak berdendam dengan sesiapa,” katanya.

Untuk rekod, kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 May 2023

[VIDEO] Chan Yeol Terkejut Munabella Boleh Bertutur Bahasa Korea

sekarang ni semua pandai cakap bahasa korea pengaruh kdrama kuat sangat

Featured Mon, 9 Jan 2023
Featured Wed, 30 Apr 2025

Pilih ‘Berahsia’, Dayang Nurfaizah Bakal Tamat Zaman Bujang?

Dayang mengakui sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka

Selebriti Mon, 6 May 2024
Featured Thu, 9 Apr 2026

Kongsi Pantun ‘Deep’, Jefri Nichol Anggap Fedtri Yahya Kelakar – “Tak Nak Kerja Lah Esok”

Nichol menyifatkan pantun yang dihasilkan oleh pengacara program, Malaysia Hari Ini itu sebagai menghiburkan dan mencuit hati.

Trending Mon, 15 Feb 2021

Armada BERSATU Puji Usaha Pemerkasaan TV Pendidikan

Bermula 17 Februari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan kewujudan saluran […]

Hiburan Tue, 18 Jun 2024
error: Content is protected !!