Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 26, 2026 @ 12:02pm

Didakwa Sengaja Tumpang Isu, Nilam Ortiz Nekad Tanggung Kos Saman Puteri Balqis – “Aku Bantu Sebab Mampu”

Pelakon dan usahawan, Nur Nilam Ortiz, tampil mempertahankan tindakannya membantu pelakon, Puteri Balqis Azizi selepas didakwa segelintir pihak sengaja menumpang isu bagi meraih populariti.

Menepis dakwaan itu, Nilam menegaskan, keputusannya menghulurkan bantuan termasuklah menanggung kos guaman Aqish dan keluarga dibuat atas dasar keprihatinan dan kemampuan, bukan untuk meraih perhatian.

Katanya, sekiranya benar Puteri Balqis berdepan tindakan saman, dia bersedia menanggung sepenuhnya kos guaman demi memastikan hak pelakon berkenaan serta ibunya terbela.

“Kalau betul Puteri Balqis disaman, saya akan bantu hire a good lawyer dan cover all legal fees sampai selesai just to make sure dia dan mak dia defended properly.

“Orang yang banyak luka selalunya berani bercakap sebab dah terlalu lama diam. From what I see, Puteri Balqis is a good kid, and when it comes to dignity and truth, benda tu memang kena dipertahankan. If she needs anything, I hope she knows how to reach me,tolong jangan ganggu dia, biarkan mereka tenang,”  katanya.

Mengulas dakwaan kononnya dia sengaja mencuri perhatian, Nilam mengakui reputasinya tidak memerlukan publisiti murahan.

“Tak perlu pun sebab orang pun dah kenal saya siapa, tapi as muslim apa salahnya membantu, lagi pun Aqish budak baik, saya pernah berkerjasama dengan dia, once come to maruah Insyaa-Allah siapa pun saya ada di belakang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nilam menerusi hantaran berlainan pula menjelaskan, tindakannya itu dibuat bukan sebab populariti melainkan dia mampu dan  selesa dengan hubungan yang jujur serta tidak bersyarat.

“Bila aku bantu orang lain, ia bukan kerana populariti, status, atau siapa yang mereka kenal.

“Aku bukan memilih lingkaran berdasarkan nama besar, dan bukan juga kerana aku tidak mampu berkawan dengan sesiapa, tetapi kerana aku lebih selesa dengan hubungan yang jujur dan tidak bersyarat.

“Nilai seseorang, pada aku, tidak diukur melalui rangkaian yang dibanggakan tetapi bagaimana dia berdiri dengan prinsipnya sendiri apabila tiada siapa melihat.

“Aku membantu kerana aku mampu, bukan kerana siapa dia atau apa yang boleh aku peroleh daripadanya,” tegasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 May 2019

‘ Saya Mula Suka Dengan Dia Sejak Minggu Pertama’- Juara Lagu Cinta Kita Tidak Tolak Jodoh Bersama!

Kalau bertemu jodoh pun apa salahnya kan, dua-dua pun single lagi!

Featured Fri, 2 Dec 2022

“Hubungan Kami Berjalan Lancar” – Shuib Yakin Dengan Pilihan, Mohon Jangan Pertikai & Menilai Watie

Kalau anak-anak gembira, ibu dan keluarga mentua setuju, saya akan okay – Shuib

Featured Fri, 11 Oct 2019

Golongan berisiko menghidap kanser payudara? Anda salah seorang daripadanya!

Bersama tingkatkan kesedaran risiko kanser payudara

Hiburan Mon, 17 Jun 2019

莫文蔚狮城开个唱!巡演确定 11 月抵马

莫文蔚《绝色》巡演确定11月将来到马来西亚!

Featured Wed, 9 Jul 2025
Hiburan Thu, 21 Nov 2019

Ziela Jalil Kahwin Eizlan Yusof?

Kalau betul apa salahnya…

Trending Fri, 19 Feb 2021

Selepas Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta Pilih Jamal Abdillah Pula

Tak sabar pula min nak dengar lagu ni mesti best!

error: Content is protected !!