Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 10, 2024 @ 1:31pm

Didakwa Sudah Berkahwin Dengan Zul Ariffin, Ruhainies Harap Netizen Tak Tertipu – “Harap Berbahagia & Halal Hasilnya”

Perkongsian pelakon sensasi, Ruhainies menerusi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya mencuri perhatian.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan daripada sebuah portal hiburan, Ruhainies didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan aktor terkenal, Zul Ariffin.

“Terbongkar akhirnya! Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya sudah berkahwin,” tulis pada hantaran berkenaan.

Terkejut dengan apa yang dilaporkan, Ruhainies atau nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, tampil memberikan respons sekaligus mempersoalkan kesahihan berita tersebut.

“Amboi macam mana awak tahu ni? Saya pun tak tahu. Thank you for the info,” katanya.

Enggan peminat dan orang ramai terus tertipu dengan posting berkenaan, pelakon drama Cukup Derita Itu berkata, netizen sudah cukup bijak dengan apa yang dilihat dan dilaporkan.

Bahkan, dia tidak mahu tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai dirinya dibuat semata-mata untuk melariskan jualan di platform sosial media.

“Kepada netizen yang disayangi, jangan biar mereka yang tidak bertanggungjawab ini gula-gulakan kau orang. You are better than this.

“Saya tahu kau orang lebih bijak. Terlalu banyak fake headlines sekarang ni. Tekan-tekan link Shopee.

“Harap berbahagia lah dan semoga murah rezeki dan halal hasilnya.

“Saya tak marah tau, cuma saya rasa lucu dan menghiburkan,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Tayang Bunga Lama?

ARTIKEL BERKAITAN:Guna Emoji & Lagu Sama, Aliff Aziz Tulis ‘Quotes’ Berjanji Setia… Netizen Dakwa Tuju Pada Ruhainies?

ARTIKEL BERKAITAN:“Semoga Allah Pelihara Hatiku Untuk Tak Buka Aib Sesiapa” – Ruhainies Bimbang Amalan Jadi Sia-Sia

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 18 Jun 2022

“Saya Bukan ‘Pelakon’ Macam Awak” – Bekas PA Fify Azmi Bersuara Apabila Dituduh Meroyan

Harapnya dua-dua pihak dapat selesaikan isu ini dengan baik 😊

Trending Mon, 20 Jul 2020
Events Wed, 26 Sep 2018
Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Featured Wed, 9 Mar 2022

Aisar Khaled Teruja Bergandingan Dengan Syafie Naswip & Elizabeth Tan

Fuh, bukan biasa-biasa barisan pelakon filem ini!

Events Fri, 13 Jan 2023
Hiburan Tue, 26 Sep 2023
error: Content is protected !!