Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi February 19, 2024 @ 12:03pm

Difitnah Beri Ajaran Sesat Kepada Calon SPM & Disamakan Dengan ‘Ayah Pin’, Cikgu Zack Kirana Desak Guru Wanita Mohon Maaf

Pempengaruh media sosial yang juga seorang guru tuisyen Bahasa Melayu, Cikgu Zack Kirana membuat laporan polis terhadap seorang guru wanita susulan fitnah kepadanya.

Menurut laporan Harian Metro, Zack Kirana, 37, atau nama sebenarnya Saliza Ibrahim membuat tindakan tersebut apabila terdapat seorang guru wanita memfitnah dirinya memberikan ajaran yang salah kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lebih parah, guru wanita tersebut didakwa turut menyamakan Zack Kirana dengan Ayah Pin menerusi hantaran di Facebook.

“Menerusi hantaran di Facebook, guru itu memfitnah dengan mengatakan saya memberikan ajaran yang salah. Malah, saya dituduh bagi ajaran sesat dan samakan dengan Ayah Pin. Itu sebab saya buat laporan polis.

“Cuma, saya buat video tuntutan selepas 17 hari disebabkan menghormati situasi anak-anak murid iaitu calon SPM sedang menghadapi peperiksaan. Saya tidak mahu mengalihkan fokus mereka yang sedang sibuk ulang kaji untuk SPM.

“Saya sebenarnya masih letak rasa hormat kepada guru berkenaan sebab saya tidak petik nama akaun media sosial dan nama individu itu. Masih saya simpan nama dia.

“Sila mohon maaf, jika gagal anda berdepan tindakan undang-undang,” katanya.

Tambah Zack Kirana, dia turut menamakan seorang lagi guru lelaki dalam laporan polis yang dibuat pada 1 Februari lalu.

Namun demikian, guru lelaki tersebut sudah membuat permohonan maaf secara terbuka di TikTok.

“Cikgu wanita itu ialah guru kepada cikgu lelaki berkenaan. Dia belum buat permohonan maaf setakat hari ini. Cikgu perempuan itulah yang memuat naik status berbaur fitnah terhadap saya.

“Cikgu lelaki itu pula petik tangkap layar status cikgu wanita itu ketika membuat ulasan dalam video TikTok. Kantoi sebab memang nama saya terang-terang dalam status FB itu.

“Saya boleh agak yang cikgu lelaki itu sedang rasa bersalah pada cikgu wanita itu kerana status dia ditangkap layar dan dimasukkan dalam video ulasan tanpa tutup nama saya. Kalau tak kerana video cikgu lelaki itu kantoi, mungkin perkara ini tak jadi.

“Jadi, semalam saya terima mesej di TikTok daripada cikgu lelaki itu. Dia minta pertimbangkan permohonan maaf daripada dia sahaja memandangkan dia yang timbulkan isu. Saya tetap bertegas kerana yang menaikkan status berbaur fitnah itu sebenarnya ialah cikgu wanita itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Rasa Rindu Menguasai Diri, Nine Hadiahkan Peminat Rindumu Memanggilku

Kembali mengubat hati peminat, jangan lupa dengarkan Rindumu Memanggilku!

Hiburan Wed, 17 Jan 2024

“Roti Pun Ada Tarikh Luput” – Ikhwan Minta DJ Radio Reda Kontrak Ditamatkan

“Saya rasa setiap stesen radio ada politik, semuanya tak sama. Mana-mana pun ada politik bukan dalam industri ini sahaja.” – Ikhwan

Featured Thu, 11 May 2023

Suka Buat Dua Kerja, Syafiq Farhain Jadi Bomba Sebagai Jaminan Masa Depan?

Min memang respect orang yang pandai manage masa buat dua kerja ni

Trending Wed, 2 Jun 2021
Featured Thu, 11 Mar 2021
Featured Sat, 8 Jan 2022
Featured Wed, 9 Jul 2025

Status Bapa Dipersoal, Shuk Sahar Tampil Bersuara! – “Macam Mana Nak Azankan? Tarikh Lahir Pun Tak Ada Siapa Bagitahu”

Shuhk benagng selepas nama ibu bapanya dipetik beserta tuduhan culas jalankan tanggungjawab.

Hiburan Sat, 25 Nov 2017

Uqasha Senrose DiKritik Lagi Kerana Gambar di Instagram

Selepas di buka tudung suatu ketika dahulu, kini di kritik lagi hanya kerana gambar di Instagram

error: Content is protected !!