Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 31, 2021 @ 8:36pm

Dirawat di Hospital Ampang, Aishah Positif Covid-19

Penyanyi Aishah, 56, atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin disahkan positif Covid-19 semalam.

Kini dirawat di Hospital Ampang, Aishah mula mengalami gejala seperti demam panas dan semput.

Selepas menjalani ujian saringan Covid-19, Aishah disahkan menghidapi wabak terbabit.

Aishah berkongsi video dirinya membuat ujian saringan di rumah menerusi salah sebuah hantaran di laman Instagram.

“Positif Covid-19. Tolong doakan kami,” tulisnya.

Selain itu, Aishah turut memuat naik foto ketika dirinya berada dalam ambulans dan dikejarkan ke Hospital Ampang.

“Adventure naik ambulans dengan siren ke Hospital Ampang… Mohon doakan,” tulisnya lagi.

Aishah yang kini dirawat di Hospital Ampang menggunakan alat bantuan pernafasan sempat merakamkan video keadaan terkini dirinya dengan bacaan paras oksigen sebanyak 96.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Tue, 11 Apr 2023
Featured Tue, 1 Aug 2023
Featured Mon, 3 Nov 2025

“Masuk Senyap-Senyap, Keluar Pun Senyap-Senyap”- Namron

Namron meluahkan rasa tenang dan rendah diri apabila tidak terlalu menonjolkan dirinya sepanjang majlis berlangsung.

Hiburan Tue, 2 Dec 2025

“Masih Dalam Proses Belajar, Saya Selesa Bertudung Tutup Dada” – Gaya Hijab Dipuji, Elly Mazlein Berterima Kasih Peminat Titip Doa

Mengulas mengenai kata-kata baik yang diberikan peminat serta warganet, Elly Mazlein bersyukur & menyatakan dia masih dalam proses pembelajaran.

error: Content is protected !!