Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 2, 2025 @ 11:52am

Ditegur Suami Makin ‘Kurang Ajar’, Atikah Suhaime Akui Khilaf… Penat Kerja & Sibuk Urus Anak Jadi Punca Perubahan Sikap

Pelakon Datin Atikah Suhaime secara terbuka mengakui khilafnya apabila ditegur suami, Datuk Lokman Teh gara-gara perubahan sikapnya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Atikah memaklumkan, suaminya itu berasa kurang senang dengan tindakannya apabila seringkali bertutur dengan nada yang kasar dan kurang sopan seolah-olah tidak menghormatinya apatah lagi selepas menerima banyak tawaran pekerjaan.

“Alhamdulillah sejak ada anak, rezeki mengalir macam air. Saya dapat banyak job review, jadi memang sangat sibuk.

“Masa Subuh tadi saya gantikan lampin anak tapi saya rasa annoyed bila tengok suami main telefon dan langsung tak tolong. Saya terus terlepas cakap, ‘asyik tengok telefon je, tolonglah sini… macam lah dapat satu juta bila tengok telefon.

“Suami saya cakap, ‘sejak kebelakangan ini rezeki awak banyak tapi awak asyik cakap kurang ajar dengan saya’,” katanya.

Mengaku kejadian tersebut berpunca daripada khilaf sendiri, Atikah bagaimanapun meminta maaf kepada suaminya sekali gus menjelaskan ia adalah disebabkan  bebanan kerja.

“Lately saya memang sangat kurang ajar dengan suami.

“Mungkin sebab penat dan banyak buat live di TikTok, jadi bila suami buat silap sikit saya terus melenting tapi dia tetap sabar.

“Saya rasa bersalah dan minta maaf dekat suami.

“Saya sangat bertuah, walaupun saya marah-marah tapi suami masih sayang dan bawa saya pergi makan Omakase,” jelasnya.

Dalam pada itu, Atikah sempat menitipkan pesanan agar wanita tidak mengabaikan tanggungjawab serta bersikap ‘besar kepala’ meskipun mempunyai kerjaya masing-masing.

Ini kerana, kerja dan gaji yang besar adalah rezeki pemberian dari Allah SWT.

“Kadang-kadang bila kita dapat cari duit sendiri, kita akan rasa terlalu hebat. Jangan lupa, kalau bukan sebab izin Allah, kita tak mungkin dapat banyak rezeki.

“Jangan sombong dengan suami, walaupun kita bekerja,” ujarnya.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada 21 Januari tahun lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung bernama Lyla Mulan Teh yang dilahirkan pada 8 Mac 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Majlis Kahwin Berkonsepkan Kampung Di Rumah Pengantin Lelaki

Tak sabar nak menunggu majlis kahwin di rumah pengantin lelaki

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

「肥妈」携手众好友6月云星剧场爆笑登场

「肥妈」6月携手好友李丽霞、黎耀祥及阮兆祥登云星剧场,准备为大马观众带来一个欢乐爆笑的夜晚。

Featured Wed, 27 Jul 2022

“Dah Kena Tinggal, Baru Nak…” – Netizen Salahkan Rossa Sera, Tak Jaga Penampilan Didakwa Punca Shuk Sahar Curang

Itu alasan cliche… kalau nak tinggal memang akan tinggal jangan beri alasan mengarut!

Trending Sun, 11 Sep 2022
Hiburan Wed, 29 Jan 2020

[VIDEO] Penyanyi Azharina Berang, Kakak OKU Dihalau

Perangai macam ni pun ada lagi ke tahun 2020 ni?

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Hubungan Cinta Erwin Dawson Dan Julia Farhana Kembali Terjalin

Alhamdulillah. Semoga semuanya hubungan ini berakhir dengan kebahagian.

Featured Tue, 20 Dec 2022
error: Content is protected !!