Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 18, 2026 @ 11:19am

DJ Sonic Sebak Anak Kecil Kejar, Peluk Kaki Selepas Dibelanja Belon – “Air Mata Aku Terus Gugur”

Penyampai radio dan pengacara, DJ Sonic berkongsi momen menyentuh hati yang berlaku ketika dia berjalan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Sonic atau nama sebenarnya Awang Suffian Awang, 47, berkata dia terserempak dengan sebuah keluarga dan terdengar seorang kanak-kanak menangis kerana mahu membeli belon bercahaya.

Namun, menurut Sonic, ibu bapa kanak-kanak itu tidak melayan permintaan anak mereka menyebabkan dia mengambil keputusan untuk membelikan belon tersebut.

“Malam tadi aku jalan kat Bukit Bintang, jadi berselisih satu keluarga. Anak dia nangis sebab nak beli belon yang ada lampu-lampu tu. Mak ayah dia tak naklah layan.

“Tapi aku stop lah nak tengok, anak dia betul-betul nak, jadi aku belanja. Aku cakap kat mak ayah dia, okay settle aku dah bayar, bagi kat dia,” tulisnya.

Apa yang lebih menyentuh hati, Sonic berkata dia tidak menyangka kanak-kanak berkenaan bertindak mengejarnya sebaik sahaja dia mahu beredar.

Menurutnya, kanak-kanak itu terus memeluk kakinya sehingga membuatkan dia gagal menahan air mata.

“Masa aku nak gerak jalan, anak tu kejar aku dan peluk kaki aku! Allahuakhbar!! Aku cium kepala dia, aku jalan terus.

“Air mata aku gugur terus. Setiap orang ada kisah mereka yang kita sendiri tak kan tahu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jul 2024

Mengaku Trauma Bercinta… Sophia Albarakbah Suka Lelaki Jujur, Tak Curang

Siapa nak try Sophia Albarakbah ni make sure korang jujur & tak curang ok!

Featured Tue, 7 Mar 2023

“Dia Terbuka Untuk Mencuba” – Yazmin Aziz Kongsi Teman Lelaki Minat Kenali Budaya Melayu & Agama Islam

Kekasih saya bukan orang Islam tapi dia sangat menghormati agama Islam – Yazmin Aziz

Featured Thu, 4 Aug 2022

[VIDEO] “Watak Hayfa Sangat Berat, Saya Faham Perasaannya… ” – Ummi Nazeera Pernah Risau Tak Boleh Hamil Di Awal Perkahwinan

Menjadi seorang wanita ini tak mudah kan.. lebih-lebih lagi apbila dah berkahwin. Apapun, tahniah Ummi Nazeera sebab berjaya bawa watak Hayfa dengan penuh emosi!

Featured Thu, 15 Sep 2022

Lakonan Fattah Amin Makin Mantap, Fazura Banyak Bagi Nasihat

Gunakan kecaman sebagai pembakar semangat!

Hiburan Thu, 2 Oct 2025
Hiburan Wed, 22 Jun 2022
Hiburan Sat, 7 Mar 2026

“Orang Perang Sana Sini, Hang Sibuk Tanya Aku Bila Kahwin” – Zul Ariffin

Zul Ariffin, tampil meluahkan rasa kurang senang apabila sering diajukan soalan berkaitan perkahwinan

error: Content is protected !!