Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina May 13, 2020 @ 12:45pm

Doa Untuk Bertemu Lailatulqadar & Tanda-Tanda Malam Tersebut Menurut Mufti Wilayah Persekutuan

Sedar ataupun tak, berbaki 11 hari lagi bulan Ramadan akan meninggalkan kita.

Dalam tempoh 10 malam terakhir ini, amat rugi buat kita sebagai umat Islam jika tidak mencari malam Lailatulqadar, iaitu malam yang sering disebut sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

Doa Untuk Bertemu Malam Lailatulqadar

Ini antara doa yang perlu kita amalkan untuk bertemu malam Lailatulqadar:

Bacalah berulang-ulang kali bagi menunjukkan kesungguhan dan usaha kita dalam memburu malam tersebut.

Doa Malam Lailatulqadar

Tanda-Tanda Malam Lailatulqadar

Menurut sumber laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan melalui BAYAN LINNAS SIRI KE-31: LAILATULQADAR…..CARILAH, sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadan. Antaranya:

Malam Tersebut Terang dan Nyaman

Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. Lihat Umdah al-Qari 11/134.

Matahari Terbit Tetapi Tidak Kepanasan

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

Matahari Keluar Setiap Pagi Kecuali Pagi Malam Qadar

Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” Lihat Umdah al-Qari 11/134.

Untuk sebarang panduan berkenaan malam lailatulqadar, korang boleh rujuk di laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.

Sama-sama kita buru malam Lailatulqadar, semoga bermanfaat buat semua!

Sumber: Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, Aku islam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 12 Sep 2018

Can You Guess the Malaysian? Most of You Will Fail

This touching video from Celcom teaches us to stop looking at people from only one perspective.

Featured Fri, 24 Jun 2022

“Bakat Luar Biasa!” – Mubarak Majid Rangkul Gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Di India

Selalu berlakon watak jahat, orang tua miang dan bapak yg panas baran. Sangat menjadi setiap pembawaan wataknya.

Trending Tue, 29 May 2018

Berita Bakal Berkahwin Mula Tular, Nurul Izzah Minta Netizen Tumpu Selamatkan Ekonomi Negara!

Pertemuan tertutup itu sebagai mempersembahkan ucapan penghargaan dan terima kasih Anwar kepada Istana Kelantan susulan pengampunan diraja yang diperkenankan.

Featured Tue, 12 Oct 2021

“Dia Tak Ada Dosa Mata, Saya Dah Nampak Allah Bagi Dia Jalan Ke Syurga”-  Kehilangan Anak Azmi Caliph Busker Sentuh Hati Ustaz Don & Rosyam Nor

Setiap ujian dan dugaan yang dihadapi oleh setiap manusia adalah berbeza berbeza. Ada yang diuji dengan kemiskinan, kematian dan sebagainya. Namun, setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. Baru baru ini, anak kepada penyanyi, Azmi Caliph […]

Hiburan Tue, 6 Sep 2022

“Berhenti Cakap Saya Kembar Mira Filzah” – Tracie Sinidol Mahu Bina Identiti Sendiri

Tahniah Dewi Remaja 2022! Tak sabar nak tengok lakonan Tracie mesti best!

Hiburan Wed, 28 Jan 2026

Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri Dituduh Penagih, Cabar Netizen Cari Bukti & Lapor Polis 

Tambah Aqish, tindakan segelintir pihak yang sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa bukti amat keterlaluan dan tidak adil terhadap keluarganya.

Featured Wed, 24 Sep 2025
error: Content is protected !!