Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 24, 2024 @ 8:54pm

“Happiest Birthday My Bintang, Kasih Saya Untuk Awak Kekal Selamanya” – Ucapan Sweet Mimi Lana Sempena Ulang Tahun Syafiq Kyle

Perkongsian terkini, pelakon Mimi Lana meraih perhatian selepas dia menitipkan ucapan manis kepada bekas tunangnya, aktor Syafiq Kyle sempen ulang tahunnya yang ke-31.

Menerusi hantaran itu, Mimi berkongsi foto-foto mesra mereka serta meluahkan rasa kasihnya terhadap Syafiq yqng selqmq inj setia disampingnya tatkala susah dan senang.

“Masa berlalu dengan cepat tetapi awak sentiasa menjadi insan yang sentiasa ada dengan saya di waktu susah mahupun senang.

“Kasih saya terhadap awak akan kekal selamanya walaupun takdir kita adalah sesuatu yang tidak dapat dipastikan. Selamat hari lahir Bintang saya dan ‘kembar’ku buat selama-lamanya,” katanya.

Sebelum ini, Pengurus Syafiq dan Mimi Lana Iman Tang memaklumkan hubungan kedua-dua selebriti itu sehingga kini masih berkawan.

Jelas Iman Tang, dia menjadi saksi persahabatan antara Syafiq dan Mimi tetap utuh meskipun tidak melangsungkan perkahwinan yang dirancangkan pada 18 Ogos tahun lalu.

Syafiq dan Mimi berkongsi foto memakai pakaian tradisional sedondon berona biru menarik perhatian ramai mendakwa mereka kembali bercinta, baru-baru ini.

Terdahulu, heboh di media sosial apabila majlis pernikahan Syafiq dan Mimi yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos tahun lalu dibatalkan beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Artikel Berkaitan: “Awak Memang The Best!” – Mimi Lana Terharu Syafiq Kyle Dah Tonton Telefilem ‘Perempuan Paling Merana’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Dec 2019

Malaysians’ Love-Hate Relationship with Solo Travel

Did you know that 69% of Malaysian respondents have either traveled solo or considering it regardless of age, gender and nationalities.

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

Syamel Sebak Pertama Kali Beraya Tanpa Datuk Tersayang

Tidak dapat Syamel bayangkan perasaan berhari raya tanpa datuk…

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Haneesya Hanee Bengang Adik Dipanggil ‘Gajah’

Apabila di sekolah dia berkurung di dalam tandas dan tak mahu keluar sampaikan ibu saya terpaksa ke sekolah untuk melihat keadaannya.

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Trending Mon, 30 Nov 2020
Hiburan Sat, 14 Feb 2026

Wany Hasrita Pertaruh ‘Lembayung Tari’, Angkat Nuansa Pop Etnik Penuh Magis

Wany Hasrita kembali dengan single terbaharu berjudul Lembayung Tari, ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh.

error: Content is protected !!