Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 26, 2019 @ 11:28pm

Doakan Anak Ali Puteh…

Pelawak Ali Puteh berharap peminat mendoakan kesihatan anak keduanya, Sharifah Ainul Mardhiah yang berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, anaknya yang kini berusia 20 hari pada mulanya dilahirkan normal di Pusat Rawatan Islam Kohilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 6 Ogos lalu.

Katanya, pada hari kelima kelahiran anaknya disahkan menghidap jaundis lalu dipindahkan ke Hospital Ampang pada 12 Ogos lalu.

 “Saya dan isteri terkejut apabila doktor memberitahu injap jantung Ainul terbalik selain jantungnya berlubang. Kami membuat pemeriksaan susulan di Hospital Serdang dan sekali lagi diberitahu masalah sama,” katanya kepada Harian Metro.
 
 
 
 
View this post on Instagram

Harini umur adik 20 hari…masih di hospital…sharifah nur ainul mardhiah❤

A post shared by ALIPUTEH MAHARAJALAWAKMEGA2018 (@syedaliputeh) on

Menurut Ali, anaknya setakat ini menyusu badan tetapi mudah penat jika terlalu lama.

“Doktor memberikan vitamin dan pembedahan hanya dapat dilakukan jika berat badannya meningkat empat kilogram. Berat badan Ainul buat masa ini tiga kilogram,” katanya.

Katanya, doktor memerlukan masa kira-kira sebulan untuk pemeriksaan sama ada Ainul dapat dibedah atau sebaliknya.

“Saya berharap peminat dapat mendoakan kesihatan Ainul dan semoga dia kuat,” katanya.

Menurutnya, dia dalam keadaan mencabar kerana perlu menguruskan dua anak termasuk anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang berusia dua tahun.

Katanya, isterinya, Melati Fitri Abdullah masih berpantang dan dalam masa sama dia perlu menguruskan penyertaan dalam Muzikal Lawak Superstar 2019 bersama kumpulan Puteh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Fazley, Azrene Naik Pelamin 27 November Ini

Pasangan kekal yang sudah 13 tahun berkahwin ini bakal diraikan sekali lagi dalam sebuah majlis resepsi santai. Terbaiklah!

Hiburan Tue, 8 Jul 2025
Hiburan Thu, 28 Mar 2019

台湾超级综艺组合! 8月登上云顶开唱

台湾综艺天王「宪哥」吴宗宪今年将携手众综艺主持好友,于8月3日再登云顶云星剧场舞台!

Hiburan Thu, 8 Jan 2026
Hiburan Fri, 25 Jan 2019

Shukri Yahaya Seronok Jadi Pelumba ‘Halal’

Tipsnya, tenang dan sabar. Kalau gelabah…memang terbabaslah jawabnya kan?

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Rashidi- Vanidah Imran Bawa Haluan Masing-Masing?

Memetik laporan portal hiburan Mstar, Vanidah atau Vee memberitahu dia enggan mengulas gosip berkenaan kerana tidak mahu memanjangkan isu.

error: Content is protected !!