Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 24, 2025 @ 6:08pm

Dr Say Tegur Kieda Crepe Keterlaluan Dedah Aib Suami – “Saya Malu Kalau Isteri Cakap ‘’T*lur Masam'”

Pempengaruh kesihatan, Dr Say Shazril tampil menjelaskan kekeliruan berhubung jangkitan virus herpes susulan kenyataan kontroversi seorang usahawan wanita baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Shaharuddin, berkata virus herpes terbahagi kepada dua jenis utama iaitu Herpes Simplex Type-1 (HSV-1) dan Herpes Simplex Type-2 (HSV-2).

“Cold sores atau luka melepuh di mulut berpunca daripada jangkitan virus herpes. HSV-1 biasanya muncul di kawasan mulut, manakala HSV-2 lebih kerap di bahagian kemaluan. Namun, kedua-duanya boleh bertukar lokasi jangkitan.

“Penularan boleh berlaku melalui ciuman, hubungan seks oral, atau berkongsi barangan peribadi seperti lip balm, pencukur dan tuala. Sebab itu penting untuk menjaga kebersihan dan elakkan berkongsi barangan,” katanya.

Dr Say turut menyangkal dakwaan kononnya cold sores berpunca daripada ‘telur lelaki masam’ seperti yang dinyatakan usahawan terbabit dalam video yang tular.

Katanya, kenyataan sedemikian bukan sahaja tidak tepat, malah boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat.

“Individu yang pernah dijangkiti berisiko alami semula simptom sekiranya sistem imun tubuh lemah, mengalami tekanan, keletihan melampau atau gangguan hormon,” jelasnya.

Dalam masa sama, Dr Say menegur tindakan usahawan berkenaan yang secara terbuka menyalahkan suami sebagai punca jangkitan.

“Maaf cakap, kalau isteri saya buat gurauan seperti itu di khalayak, memang saya rasa amat malu. Tidak semua perkara sesuai dijadikan bahan gurauan, apatah lagi membabitkan maruah pasangan.

“Bayangkan jika suami pula berseloroh mengatakan isterinya berbau ‘apam basi’ selepas dijangkiti, masih lucukah?” soalnya.

Dr Say turut mengingatkan orang ramai supaya berhemah dalam menyampaikan maklumat kesihatan.

“Sebar ilmu, bukan aib. Jaga maruah pasangan, bukan dijadikan konten tontonan umum,” tegasnya.

Terdahulu, usahawan terkenal Kieda Crepe dikecam netizen selepas memuat naik video mendakwa dirinya dijangkiti herpes akibat ‘telur masam’ suami.

Meskipun Kieda mendakwa niat asal hanya untuk berkongsi kesedaran mengenai penyakit itu, tindakan tersebut disifatkan keterlaluan dan membuka aib suami secara terbuka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Feb 2026

“Sanggup Tanggung Dosa?” – PU Syed Tegur Pelakon Tanggalkan Tudung, Ingatkan Soal Aurat Bukan Pilihan

Terdahulu, pelakon terbabit memaklumkan dia sudah berbincang secara terbuka dengan ahli keluarga mengenai keputusannya menanggalkan tudung

Featured Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Thu, 5 Dec 2024

Anak Tiri Nora Ariffin Meruntun Jiwa, Kongsi Gambar Ibu Bapa – “Yang Dah Kahwin Berpuluh Tahun Ni Tak Ada Tayang Menayang”

Yang Dah Kahwin Berpuluh Tahun Ni Tak Ada Tayang Menayang – Anak Tiri Nora Ariffin

Featured Wed, 5 Jan 2022

Pak Nil Buka Kedai Percuma, Penuhi Keperluan Mangsa Banjir Di Bukit Changgang

Kebelakangan ini pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir di Bukit Changgang, Selangor. Pelbagai bantuan diberikan dari segi sumbangan keperluan harian dan bantuan sokongan mental serta fizikal […]

Trending Sat, 17 Apr 2021
Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Hanis Zalikha Jual Minyak?

Minyak masak macam Alif Satar ke?

Featured Mon, 19 Sep 2022
error: Content is protected !!