Drama By: Afiqah Azizan January 10, 2024 @ 11:03am

Imbas Kembali: 5 Drama Tahun 2023 Yang Wajib Ditonton

Tahun 2024 kini sudah tiba. Sememangnya terdapat pelbagai siri yang menarik yang bakal disajikan. Namun, tahun 2023 juga tidak lokek terbitan variasi drama yang unggul.

Berikut adalah 5 drama hebat – dari kisah cinta, seram dan juga komedi – yang berbaloi untuk ditonton semula. Jika masih belum ditonton, maka, inilah masanya!

#1 ‘Perempuan Itu’

Dengan lebih 3 juta tontonan, ‘Perempuan Itu’ merupakan antara siri terhangat sepanjang tahun 2023 yang menceritakan tentang kisah Khalish yang berpendirian teguh. Dia telah menolak permintaan ibu bapanya untuk mengambil alih Madrasah Mujahidah demi mencapai impiannya untuk menjadi peguam Syariah yang memainkan peranan dalam pemerkasaan wanita.

Aliran fikiran yang moden ini telah menimbulkan kerisauan ibu bapanya. Mereka telah memutuskan untuk mengahwini Khalish bersama anak kepada sahabat mereka, Tengku Emir.

Tengku Emir juga merasa berat hati untuk meneruskan rancangan ini. Namun, demi mentaati ibunya, dia akur.

Cinta Khalish terhadap Emir hanya mula terbit setelah hampir separuh dekad sebagai pasangan suami isteri. Emir juga telah mendapat kepercayaan Khalish. Namun, kehadiran orang ketiga menjadi punca keretakan hubungan mereka. Ramai yang telah meluahkan rasa geram dengan perkembangan watak dalam siri ini.

#2 ‘Malam Zulaikha’

Antara kisah seram yang berjaya menghantui penonton sepanjang tahun adalah ‘Malam Zulaikha.’ Ia menyoroti watak Zulaikha yang sering diganggu entiti mistik.

Rakan baiknya, Izmir, telah mengatur pertemuan antara Zulaikha dengan Ustaz Rahim yang merupakan pakar dalam ilmu perubatan Islam.

Pertemuan itu telah mengesahkan bahawa Zulaikha didampingi sesuatu entiti yang telah diwariskan kepadanya. Hal ini mendorong gadis itu untuk pulang ke kampung halamannya untuk mencari kebenaran.

Zulaikha telah menemui pelbagai perkara dari kisah silam yang membawa kepada masalahnya hari ini. Adalah dinasihatkan untuk menonton kisah ini beramai-ramai kerana ia memang seram!

#3 ‘Jaga Aku Selamanya’

Sekiranya anda mencari drama yang mampu mencetuskan titisan air mata, ‘Jaga Aku Selamanya’ pasti tidak menghampakan. Kisah ini memberi fokus kepada realiti pahit bahawa ada kanak-kanak yang terpaksa menggalas tugasan orang dewasa untuk menjaga anak kecil lain.

Maya dan Syukri merupakan pasangan yang mempunyai lima orang cahaya mata. Namun, mereka hidup dalam kemiskinan. Pemergian Syukri yang tidak dijangka telah menyebabkan huru-hara dalam kehidupan Maya. Dia telah membuat keputusan untuk pindah ke ibu kota dan meninggalkan anak-anaknya di kampung demi mencari rezeki.

Tanggungjawab untuk menjaga lima beradik itu terpaksa diambil alih oleh Azhar, anak sulung Maya yang baru berusia 12 tahun. Selain lakonan hebat Nadiya Nisaa, penyampaian mantap Baqir Jamalullail sebagai Azhar terbukti menusuk kalbu. Ramai yang telah menangis kerana lakonan hebat si cilik ini.

Pendek kata, siri ini disulami dengan pelbagai adegan yang meruntun jiwa.

#4 ‘Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu’

Siri ini memang wajib tonton, khususnya bagi peminat siri jenayah. Kisah ini diinspirasikan dari kes jenayah berprofil tinggi yang pernah menggegarkan negara kita.

Kematian Syerinie yang telah dibunuh dengan kejam telah menjadi persoalan besar. Fatema yang bertugas sebagai wartawan Harian Metro ingin menggalas tugasan untuk membuat liputan bagi kesi ini. Namun, hajatnya tidak kesampaian kerana tidak diberi kelulusan oleh editornya. Tugasan ini telah diberi kepada rakan sejawatnya, Rozimi.

Kedegilan Fatema jelas apabila dia berkeras untuk turut bekerjasama dengan Rozimi. Hal ini telah membawa kepada penemuan butiran kes yang sebelum ini tidak jelas. Namun, penyelesaian kes ini bukanlah mudah.

Pelbagai rintangan dan perkara di luar jangkauan telah berlaku. Perjalanan rungkaian kes ini memang menarik.

#5 Presiden Kampung Morten

Jika anda mahukan komedi, siri ‘Presiden Kampung Morten’ layak untuk mendapat undi anda. Kisah ini menampilkan wata Kiambang dan Manisah yang menetap di Kampung Lemak Manis.

Kiambang yang sudah berusia 40-an memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Wanita Kampung Morten. Persatuan ini aktif memperjuangkan nasib wanita, terutamanya penduduk wanita di kampung tersebut. Kaum lelaki yang menganiayai wanita akan merasai serangan oleh ahli persatuan ini.

Manisah pula adalah anak kepada Che Embun, bekas presiden Persatuan Wanita Kampung Morten. Dia telah dilucutkan jawatan atas tuduhan terlibat dalam skandal dengan Tok Mudim Sado yang merupakan fitnah semata-mata. Sebagai seorang anak, pasti amat sukar untuk Manisah berdiam diri tatkala ibunya diperlakukan sebegitu. Dia tekad untuk menuntut bela bagi ibunya.

Gandingan Didie Alias dan Ozlynn Waty memang menghiburkan hati. Macam-macam ragam yang boleh disaksikan di Kampung Morten ini. Yang penting, kelakar!

Saksikan semua siri hebat ini eksklusif di Tonton sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 28 Mar 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Sekali Aku Bahagia’

Sikap buruk manusia membawa derita.

Drama Thu, 17 Nov 2022
Drama Thu, 2 Dec 2021

Pengarah Kisah Cinta Kita Jawab Dakwaan Babak Tepis Telefon Tiru Babak K-Drama Descendants of The Sun

Sebelum ini, tular di TikTok tentang babak di dalam drama bersiri Kisah Cinta Kita dikatakan meniru adegan drama cinta popular di Korea, Descendants of The Sun (DOTS). Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna […]

Drama Sat, 10 Dec 2022

Jangan Lepas Tanganku Nafas Baru Buat Sufi Rashid Selepas Setahun Menghilang

Penyanyi bersuara merdu, Sufi Rashid kembali menghiai industri muzik dengan mempertaruhkan lagu terbarunya berjudul Jangan Lepas Tanganku. Amar Habir bersama kugiran Faris Fuad dan Jad Lobo adalah komposer yang dipertanggungjawabkan dalam penghasilan lagu unik Sufi […]

Drama Wed, 17 May 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kampung Mat Saleh’

Kemalangan yang berlaku telah mengubah identiti.

Drama Thu, 14 Dec 2023
Drama Tue, 14 Feb 2023
Drama Wed, 24 Aug 2022
error: Content is protected !!