Drama By: Aqilah Paharuzi September 26, 2023 @ 9:25am

Primework Studios Terus Bekerjasama Dengan Muslim Kids TV, Meluaskan Jangkauan Animasi Popular ‘Alif & Sofia Preschool’

Penerbit kandungan Malaysia, Primeworks Studios yang memenangi anugerah dan pengagregat utama kandungan premium telah mengumumkan perkongsian berterusan bersama Muslim Kids TV melalui perjanjian pengedaran.

Muslim Kids TV adalah OTT berpangkalan di Kanada yang menyediakan program hiburan dan pendidikan untuk keluarga Muslim. 

Dalam satu kenyataan rasmi, Primeworks Studios menyifatkan kerjasama tersebut sebagai satu peristiwa penting kerana memperkenalkan tajuk animasi ‘Alif & Sofia Preschool’ iaitu terbitan bersama Blindspit Studios.

“Mencipta dunia yang mempesonakan seperti Alif & Sofia adalah kerja cinta. Kami berhasrat untuk menyemai kekayaan budaya Islam dalam naratif menawan yang bergema dengan kanak-kanak secara universal.

“Menyaksikan penciptaan kami merentasi sempadan dan budaya melalui kerjasama ini adalah satu pencapaian yang membanggakan,” kata ketua pegawai eksekutif Blindspot Studios dan pengarah rancangan itu Lukman Othman dalam kenyataan itu.

Siri ‘Alif & Sofea Preschool’,  pemenang Program Prasekolah Terbaik (Malaysia) di Asian Academy Creative Awards 2020, telahpun mula bersiaran dan memikat hati penonton di TV Muslim Kids semenjak 15 September lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 18 Aug 2022

“Kami Sangat Baik & Ada Chemistry Yang Kuat” – Anna Jobling Jawab Status Hubungan Cinta

Awww…. ramai nampanya yang ship eyh dengan diorang ni♡♡♡

Drama Thu, 24 Aug 2023
Drama Mon, 30 Jan 2023
Drama Mon, 20 Mar 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Melur Untuk Firdaus 2’

Menjaga kebahagiaan rumah tangga bukan senang.

Drama Fri, 14 Apr 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Bintang’

Kisah cinta terhalang.

Drama Thu, 15 Dec 2022

Redza Rosli Tiada Niat Sakiti Scha Elinnea

Alamak kenapa Scha Elinnea disakiti Redza?

Drama Mon, 17 Feb 2020
Drama Tue, 16 May 2023
error: Content is protected !!