Drama By: Afiqah Azizan December 21, 2023 @ 10:22am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Hati Tercarik Luka’

Kehidupan berumah tangga bukan sentiasa indah. Situasi lebih sukar dengan kehadiran orang ketiga. Itulah yang dihadapi oleh Eyda Amanda bersama Dani Zairie dalam siri Samarinda terbaharu yang berjudul ‘Hati Tercarik Luka.’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)


Seperti para isteri lain, Eyda berharap agar kebahagiaan dapat dikecapi sepanjang hayat di sisi suaminya, Dani. Namun, kemunculan Maya Maria, si wanita licik menggoyahkan hubungan pasangan ini. Demi mempertahankan hubungannya dengan Dani, Eyda terpaksa mempertaruhkan nyawanya sendiri.

Masalah rumah tangga Maya dengan suaminya sendiri menebalkan lagi rasa ingin memiliki Dani. Kerakusan Maya mendorongnya untuk menggunakan ilmu hitam demi menundukkan Dani dan menjauhkannya dari Eyda. Perubahan ketara dalam diri Dani amat dirasai oleh Maya. Namun, semangat juang Eyda masih tinggi. Dia tetap bangkit. 

Adakah Dani akan sedar tentang apa yang membelenggui kehidupannya? Mampukah Eyda bertahan? Apakah pula yang akan dilakukan oleh Maya?

Cerita Apa? ‘Hati Tercarik Luka’
Hari Apa? Setiap Isnin – Khamis
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3 dan strim eksklusif HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 24 Apr 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kerasnya Takdir’

Perbezaan darjat menjadi punca.

Drama Wed, 8 Feb 2023
Drama Thu, 8 Jun 2023
Drama Fri, 2 Feb 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Boleh Saya Bantu?’

Apabila bekerja di hotel, pasti akan berdepan dengan pelbagai ragam manusia.

Drama Wed, 15 Mar 2023
Drama Mon, 19 Dec 2022

Tonton Apa Hari Ni: ‘Hati Tanpa Rasa’

Apa rasa hati tanpa rasa?

Drama Thu, 17 Aug 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Gadis Muzikal’

Persaingan yang sengit!

Drama Mon, 22 Jan 2024

[VIDEO] Bawa Watak Suami Curang & Panas Baran, Zamarul Hisham Buat Netizen Naik Benci… Netizen Komen: “Ini Real! Memang Kena Tengok”

Abang Zamarul kalau berlakon memang tabik🙋‍♀️ Bagilah watak apa sekalipun serius menjadi!🔥