Drama By: Afiqah Azizan April 24, 2023 @ 11:00am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kerasnya Takdir’

Apabila darjat diambil kira dalam kisah percintaan, pasti akan ada yang terluka. Drama slot Akasia terbaharu yang berjudul ‘Kerasnya Takdir’ menceritakan tentang impak darjat dalam hubungan cinta.

Munir (lakonan Redza Rosli) merupakan seorang pewaris syarikat. Jiha (lakonan Amyra Rosli) pula hanyalah seorang usahawan yang berniaga lilin wangi serta merupakan anak tak sah taraf. Pernikahan mereka berdua tidak mendapat restu keluarga.

Aminah, ibu kepada Munir, begitu kecewa dengan keputusan anaknya. Harapannya untuk melihat anak yang ditatang bagai minyak yang penuh menerajui syarikatnya terkubur.

Menurut pandangannya, pilihan hati anaknya itu adalah gadis yang cuma mempunyai kedai lilin wangi sedangkan dia mempunyai calon menantu bernama Emilia yang jauh lebih baik.

Hubungan Munir dan Jiha hanya bertahan selepas kelahiran anak sulung mereka, Saleha. Aminah nekad untuk membawa lari anak dan cucunya itu setelah kemalangan yang menimpa Munir. Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, Munir telah ditekan lagi dengan fitnah bahawa Jiha telah curang.

Hal ini telah memberi tekanan mental yang teruk buat Jiha. Sokongan moral yang diberi rakannya, Aathif, memberi semangat untuknya kembali bangkit. Namun, perpisahan mereka bukan titik noktah bagi kisah mereka.

Setelah enam tahun berlalu, muncul pula dilema lain. Apakah yang akan terjadi kepada mereka?

Cerita Apa? ‘Kerasnya Takdir’
Hari Apa? Setiap Hari
Jam Berapa? 7 malam
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Sat, 20 Apr 2024
Drama Mon, 11 Dec 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Alice Kampung Baru’

Memulakan kehidupan baru bukanlah perkara mudah.

Drama Thu, 21 Dec 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Hati Tercarik Luka’

Pengkhianatan pasti menyakitkan.

Drama Fri, 3 Mar 2023
#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻