Euforia Bola 2026
Drama By: Khairil Khusyairi January 29, 2024 @ 8:17pm

Ummi Nazeera Dedah Karakter Salina Dalam ‘Rindu Kasih 2’ Lagi Mencabar – “Kali Ini Dia Seorang Ibu Dan Lebih Kuat Tapi…”

Pelakon Ummi Nazeera berkongsi cabaran dalam menjayakan drama hits terbitan TV3, Rindu Kasih 2.

Bercakap kepada XTRA, Ummi yang memegang watak Salina menceritakan karakter seorang Salina itu tidaklah mudah seperti yang diperlihatkan pada musim pertama.

“Salina memang seorang wanita yang sangat malang. Selepas satu demi satu cabaran yang dia hadap tapi kini Salina bukan macam dahulu.

“Kali ini dia seorang ibu dan lebih kuat tapi dia ada satu kelemahan iaitu seorang anak.

“Walaupun dia seorang yang kuat, dia tak benarkan orang buli dia tapi kalau melibatkan anak, dia akan jadi seorang yang lemah, putus asa dan kalah.

“Jadi itulah cabaran saya dalam Rindu Kasih 2,” ujarnya kepada XTRA.

Lebih mengujakan, drama 20 episod arahan Pali Yahya itu turut menjalankan penggambaran di Tanah Suci Arab.

Menurut Ummi, dia merasakan babak yang dilakonkannya di Tanah Suci itu sangat mudah tanpa rasa seolah-olah dipaksa demi menghidupkan watak Salina itu sendiri.

“Dalam musim ini juga ada babak Salina di Tanah Suci Makkah.

“Bagi saya, bila saya jayakan babak tersebut, saya tak perlu paksa pun, dia datang dengan semula jadinya. Mungkin sebab persekitaran juga.

“Bila berada di sana, saya merasakan perasaan yang sangat sayu, untuk saya masukkan karakter Salina dalam diri saya itu sangat mudah.

“17 hari di sana, macam-macam yang kita hadapi sebagai satu pasukan. Tapi kami berjaya buat semuanya dengan lancar.

“Ia pengalaman yang sangat menarik, Alhamdulillah saya gembira sangat,” kongsinya teruja.

Ujar Ummi lagi, dia menjayakan musim kedua ini dengan penuh minat dan teruja dalam memastikan Rindu Kasih 2 punyai kejutan yang diluar ekspektasi penonton.

Malah, Ummi sendiri beranggapan Rindu Kasih 2 lebih menarik.

“Untuk musim kali ini, saya tak fokus pada tekanan, saya lebihkan kepada minat dan keterujaan saya untuk bawa karakter ini.

“Sebenarnya apabila saya baca skrip, ia menaikkan semua karakter saya dan setiap babak yang saya buat itu sangat penting.

“Bagi saya sebagai pelakon sendiri apabila baca skrip saya rasa musim kedua ini lagi best,” tutupnya.

Untuk info, Rindu Kasih 2 bakal ditayangkan di Slot Samarinda jam 10 malam bermula 13 Februari depan.

Rindu Kasih 2 membariskan pelakon asal seperti Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Aug 2019

Dua Kali Berpisah, Siapa Mr. W Dalam Hidup Sasha?

Sasha dalam fasa berkawan tetapi tidak menolak jika dia jodohnya.

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Siapa Yang Cemburu Dan Ugut Elizabeth Tan?

Ada orang cemburu dan mahu menyimbah asid ke muka Elizabeth Tan.

Events Thu, 13 Sep 2018

#daiTV3 : Da’i Amirul Terlepas Peluang, Da’i Raishah Tersingkir!

Saksikan separuh akhir #daiTV3 Pendakwah Nusantara hanya di TV3

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Sudi Terima Tawaran Berlakon Tapi Bersyarat

Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail, berkata dia berbesar hati menerima tawaran daripada pihak produksi This Is Pilah memandangkan wataknya di dalam filem ini dekat dengan dirinya sebenar.

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Hiburan Fri, 16 May 2025
error: Content is protected !!