Drama By: Salma Syahbuddin January 22, 2024 @ 11:00am

[VIDEO] Bawa Watak Suami Curang & Panas Baran, Zamarul Hisham Buat Netizen Naik Benci… Netizen Komen: “Ini Real! Memang Kena Tengok”

Pelakon versatile, Zamarul Hisham sekali lagi mencuri perhatian selepas beberapa klip pendek lakonan terbaharunya berjudul, Cinta Bersemi Di Wadi  Safiyyah tular di platform TikTok.

Malah, karakternya sebagai seorang ayah yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri dalam drama berkenaan mengundang pelbagai respons dalam kalangan peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Menerusi potongan klip drama yang dimuat naik di platform @Dramasangat, Zamarul yang membawa watak sebagai Tuan Safuan dilihat ingin membalas dendam terhadap perbuatan Qabil (Aidit Noh) yang telah mengandungkan anaknya, Dania (Rita Nadira).

Bagaimanapun, sikap panas baran yang dimiliki Tuan Safuan menyebabkan isterinya, Datin Kayra (Mas Anizan) menyembunyikan Dania di Wadi Safiyyah iaitu pusat perlindungan gadis bermasalah.

Namun, konflik mula terjadi di Wadi Safiyyah apabila pusat perlindungan itu sebenarnya milik ibu bapa Qabil dan Iqbal (Aniq Suhair).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

 

Drama 28 episod ini juga bukan sahaja mempamerkan sikap baran Tuan Safuan, namun sisi gelap yang dimilikinya termasuklah berlaku curang terhadap isterinya menyebabkan rata-rata penonton berasa geram dengan karakter tersebut, apatah lagi lakonan yang dipamerkan Zamarul tidak pernah mengecewakan.

“Kejamnya suami Datin Kayra!

“Wow! Bab tampar tu memang style orang dulu-dulu, real!

“Serius bila tengok Zamarul berlakon memang macam betul-betul tau.

“Ini Real! Memang Kena Tengok… geram wei!

“Aku kalau berlakon dengan Zamarul pun, aku ketar lutut. Auto menangis betul-betul tak ada fake!,” komen netizen.

@dramasangatBertubi-tubi Qabil kene penampar dengan Tuan Safuan! Kalau tak berubah lagi tak taulah apa nak jadi! ▶️ #CintaBersemiDiWadiSafiyyah -> Isnin – Jumaat -> 7 malam di TV3! Lakonan oleh : @ritanadira_ – DANIA @aniqshr – IQBAL @aiditnohh – QABIL @zamarulhisham93 – SAFUAN @masanizan1 – KAYRA ezanynizariff_official – HUSSIN @azzaelite -HJH MARYAM @sereneclaire_ – JULIA dan ramai lagi. Penulis Skrip Sharifah Abu Salem Pengarah Shuhaimi Zulkefli Penerbit @zeelproduction Tonton semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di app @iqiyimalaysia ! #CintaBersemiDiWadiSafiyyah #DramaSangat #TV3Malaysia♬ original sound – dramasangat

@dramasangatTuan Safuan! Jangan nak mengada-ngada sangat eh! ▶️ #CintaBersemiDiWadiSafiyyah -> Isnin – Jumaat -> 7 malam di TV3! Lakonan oleh : @ritanadira_ – DANIA @aniqshr – IQBAL @aiditnohh – QABIL @zamarulhisham93 – SAFUAN @masanizan1 – KAYRA ezanynizariff_official – HUSSIN @azzaelite -HJH MARYAM @sereneclaire_ – JULIA dan ramai lagi. Penulis Skrip Sharifah Abu Salem Pengarah Shuhaimi Zulkefli Penerbit @zeelproduction Tonton semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di app @iqiyimalaysia ! #CintaBersemiDiWadiSafiyyah #DramaSangat #TV3Malaysia

♬ original sound – dramasangat

 

Sekadar info, drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah menceritakan tentang Dania yang terjebak dalam hubungan terlarang sehingga hamil anak luar nikah hasil hubungannya bersama Qabil. Namun, Qabil melarikan diri ke luar negara manakala, ibu bapa Dania iaitu Tuan Safuan dan Datik Kayra mahu anak perempuannya itu menggugurkan sahaja kandungan tersebut.

Bagaimanapun, bimbang dengan sikap panas baran yang dimiliki Tuan Safuan, Datin Kayra akhirnya mengambil keputusan untuk menyembunyikan Dania di Wadi Safiyyah sehinggalah pada satu ketika, Dania dan Ustaz Iqbal berjumpa dan kemudian jatuh cinta.

Perasaan yang timbul bagaimanapun tidak disenangi Umairah sehingga beberapa bulan kemudian Iqbal muncul di pusat perlindungan yang dimiliki keluarganya itu dan menimbulkan pelbagai ketegangan terhadap Dania, Qabil dan Ustaz Iqbal.

Selain Zamarul Hisham, antara pelakon hebat yang turut membintangi drama ini adalah, Rita Nadira, Aniq Suhair, Aidit Noh, Zamarul Hisham, Mas Anizan, Azza Elite, Serene Clair, Ezany Nizariff dan ramai lagi.

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah yang ditayangkan menerusi slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 Malam ini sudah mula ditayangkan pada 9 Januari lalu sehingga 15 Februari depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Jul 2021

Sebanyak 1,738 Kes Bunuh Diri Dicatatkan Di Malaysia

Ingatlah orang yang tersayang♡✌

Trending Fri, 20 Dec 2019

300位弱势孩童齐聚海拔6千英尺共庆圣诞!

配合圣诞节的来临,日前云顶世界邀请了来自10间不同慈善机构的300位小朋友,共赴一场位于海拔6千英尺的圣诞派对!

Featured Wed, 19 Apr 2023
Hiburan Thu, 8 Sep 2022

“Cinta Kami Masih Utuh!” – Azri Iskandar, Azra Diera Kahwin Cuti Sekolah Hujung Tahun

Siapa yang kata hubungan mereka goyah ni? Semoga dipermudahkan urusan berkahwin nanti..

Trending Tue, 12 Mar 2019

赛亚人穿水手服?网惊:童年崩坏了

七龙珠与美少女战士互换战袍,你接受到吗?

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Watch YB Syed Saddiq Have a Friendly Debate Against Form 4 Students

Who could actually argue with such a charismatic man though?

Featured Mon, 22 Mar 2021
Hiburan Tue, 23 Jan 2018

KRYSTAL REVEALS THOUGHTS ON LEAVING F(X) & BEING AN IDOL-ACTRESS

Krystal Jung talks about the possibility of leaving f(x) and being labeled as idol-actress.

Featured Wed, 3 May 2023