Drama By: Afiqah Azizan November 14, 2023 @ 3:45am

Tonton Apa Hari Ni: ‘ILYS’

Soal cinta sukar diduga. Siapa tahu bila dan di mana perasaan itu akan timbul? Drama Akasia terbaharu, ‘ILYS’ memaparkan kisah penyatuan dua hati yang berbeza latar belakang.

Iris Nur (dilakonkan oleh Ezzanie Jasny) berasal daripada keluarga berada dan memiliki sifat yang nakal. Iris juga seorang yang bijak, cantik dan berkeyakinan tinggi. Namun, keyakinannya itu tercalar apabila mengenali Inspektor Ebrahim (dilakonkan oleh MK K-Clique) yang telah menyamannya kerana membawa kereta lebih daripada had laju yang ditetapkan. Walaupun Iris cuba memujuk agar dirinya tidak disaman, Inspektor Ebrahim tetap tidak memberi muka.

View this post on Instagram

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

‘Abang Pedas’ merupakan gelaran yang diberi oleh Iris kepada Inspektor Ebrahim dek bahasanya yang ‘pedas berapi’. Dalam diam, Iris semakin tertarik walaupun diselubungi rasa benci. Takdir telah menemukan mereka beberapa kali lagi.

Iris sering menjadi tumpuan Inspektor Ebrahim. Namun, apabila dia menjadi jurulatih persatuan silat di universitinya, ketampanan dan ketegasan ‘Abang Pedas’ mencuri perhatian ramai. Kerana perasaan tidak puas hati terhadap Inspektor Ebrahim, Iris telah menganiaya dan memfitnah Inspektor Ebrahim. Fitnahnya itu telah menyebabkan Inspektor Ebrahim menghilangkan diri.

View this post on Instagram

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Aidan (dilakonkan oleh Haidar Hasanudin), teman lelaki Iris telah mengajak Iris untuk turut menyertai misi kemanusiaan di sebuah perkampungan Melayu Champa. Di situ, Iris telah bertemu dengan Firman yang memperlihat kepadanya kesusahan dan penderitaan kaum Melayu Champa lantas mengubah Iris menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur. Pada masa yang sama, Iris mempunyai satu misi rahsia yang sangat penting buat dirinya untuk menebus kekhilafannya dahulu.

Cerita Apa? ‘ILYS’
Hari Apa? Setiap Isnin – Jumaat
Jam Berapa? 7 malam
Di Mana? TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 16 May 2023
Drama Mon, 9 Oct 2023

Afifah Nasir Bawa Watak Jahat, Bergandingan Dengan Aiman Hakim Dalam Haloba

Saksikan drama bersiri Haloba di slot Samarinda TV3

Drama Fri, 19 Apr 2024

Warnai Drama! Jom Kenali Watak-Watak Dalam Kuih Muah

Watak-watak menarik dalam Kuih Muah!

Drama Sat, 20 Apr 2024
Drama Tue, 7 Jun 2022

“Market Kita Bukanlah…” – Drama Melur Untuk Firdaus Bakal Tembusi Pasaran Indonesia? Ini Respons Penerbit

Fuhh bukan biasa-biasa drama ni 😍 Siap ada peminat dari negara seberang, memang terbaik!

Drama Fri, 19 Apr 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kuih Muah’

Bukan semuanya manis dalam kehidupan ini.

Drama Thu, 13 Jul 2023