Drama By: Padin September 4, 2023 @ 7:43pm

Apakah Kesudahan Aku Yang Kau Sakiti? Jangan Lupa Saksikan Episod Akhir Malam Ini!

Drama bersiri Aku Yang Kau Sakiti arahan Riza Baharudin sedang bersiaran di slot Samarinda TV3 bakal melabuhkan tirai malam ini.

Menampilkan lakonan hebat Redza Rosli, Rita Nadira, Zamarul Hisham dan ramai lagi, peminat karya ini sudah tidak sabar mahu menantikan kesudahan naskhah terbitan Saphire Screen Sdn Bhd ini.

Jangan lupa saksikan episod akhir drama bersiri Aku Yang Kau Sakiti di slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

Tonton semua episod percuma dan eksklusif di http://www.iq.com/local atau di aplikasi iQiyi.

Sinopsis:

Mengisahkan tentang Amanda (Rita Nadira) merupakan seorang anak yatim selepas kehilangan bapanya, Tuan Danial yang dibunuh kerana berhutang dengan sindiket pinjaman wang.

Sejak kejadian itu, Amanda menetap di rumah peninggalan bapanya dengan ibu saudaranya, Mak Su (Jasmin Hamid) dan sepupunya, Sara (Iman Suhana) yang bersifat materialistik dan sering meminta wang daripada Amanda.

Amanda juga dijaga oleh keluarga Tuan Zaki (Zamarul Hisham) yang merupakan bapa kepada rakan baiknya, Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki rasa bersyukur dan terhutang budi dengan sahabat baiknya iaitu bapa Amanda dan sekaligus telah menganggap Amanda sebagai anaknya sendiri.

Raikal (Redza Rosli) setia berada di sisi Amanda sepanjang dia di dalam kesusahan dan berhasrat untuk melamar Amanda sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di universiti.

Namun, Amanda menolak lamaran tersebut dengan alasan masih tidak bersedia untuk berkahwin. Pada Amanda, dia ingin mengatasi trauma kehidupannya dan mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain.

Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna. Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella.

Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaan Tuan Zaki hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang.

Namun, Raikal (Redza Rosli) yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal. Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Raikal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Tempoh 3 Hari Untuk Memadamkan Babak Bersentuhan Dalam Muzik Video

Apa sebenarnya yang terjadi diantara mereka berdua dan kenapa babak bersentuhan dalam video perlu dipadamkan ?

Drama Thu, 29 Feb 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Perempuan Ilmu Hitam’

Dendam memacu seruan syaitan durjana.

Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Enggan Terjerat Cinta Lokasi, Sharifah Rose Utamakan Kerjaya

Oh Rose cari yang tak suka marah-marah tau!

Featured Thu, 9 Sep 2021

“Ini Soal Nyawa!”- Che Ta Takkan Bekerjasama Dengan Pelakon Enggan Ambil Vaksin

Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mengakui tidak akan berkerjasama dengan mana-mana pelakon yang belum atau tidak mahu mengambil vaksin. Menurutnya, tidak logik sekiranya terdapat segelintir produksi yang […]

Hiburan Thu, 14 Dec 2023

Pelakon Indonesia Keluar Masuk Lokap, Isteri Failkan Cerai Tertekan Suami Ketagih Syabu, Ganja

Alamak! Gara-gara najis dadah, habis berantakan rumah tangga.

Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Anak Tunggal Nassier Wahab, Luah Rasa Rindu Di Twitter

Semoga Intan Najihah dan ibu tabah menghadapi dugaan ini…

Featured Mon, 3 Apr 2023