Drama By: Afiqah Azizan March 14, 2024 @ 10:51am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Iskandar Chempaka’

Kisah cinta di alam persekolahan bukanlah perkara yang asing. Namun, tidak ramai yang dapat bertahan sehingga ke jenjang pelamin. Namun, dalam kisah terbaharu slot Lestary yang berjudul ‘Iskandar Chempaka’, pasangan utama ini membuktikan cinta mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Siri ini yang menyoroti watak Iskandar dan Chempaka. Cinta telah berputik antara mereka sejak di bangku persekolahan. Iskandar merupakan jaguh olahraga yang diminati ramai manakala Chempaka pula adalah si gadis manis yang disenangi rakannya. Hubungan mereka dijangka tidak akan berkekalan. Namun, mereka telah berjaya melayari dunia perkahwinan.

Walau bagaimanapun, alam rumah tangga bukanlah semudah yang disangka apabila ternyata Iskandar merupakan ‘anak emak.’ Kehidupan Iskandar dan Chempaka dikongkong oleh Naema, ibu kepada Iskandar.

Chempaka masih mempunyai pekerjaan di restoran bapanya. Namun, Iskandar telah kehilangan punca rezeki. Hal ini membawa kepada sikap Iskandar yang seperti acuh tak acuh terhadap tanggungjawabnya kepada Chempaka. Nafkah dan barang keperluan rumah menjadi tanggungan utama Chempaka. Lebih menjengkelkan lagi, Iskandar masih dengan perangai yang seolah-olah dia masih bujang.

Chempaka juga terpaksa berdepan dengan Naema dan keluarga mertua yang banyak mengambil kesempatan terhadapnya. Situasi ini menjadi amat rumit untuk Chempaka. Adakah dia mampu mempertahankan dirinya dan hubungannya?

Cerita Apa? ‘Iskandar Chempaka’
Hari Apa? Setiap Khamis – Sabtu
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3 dan strim eksklusif HD melalui Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Sat, 25 Mar 2023
Drama Sun, 16 Apr 2023

Drama Kontroversi Anak Tuan Bakal Bersiaran Malam Ini, Pamer Babak Viral Fasha Sandha Tercedera

Allahu, mesti best ni kalau dah fasha dan azhan rani bergabung🔥🔥🔥

Drama Wed, 17 Jan 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Menanti Senja’

Perpisahan yang mengguris hati.

Acara Wed, 7 Dec 2022

Enam Kategori Untuk Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Kini Bermula! 

Anugerah Drama Sangat 2023 kini kembali! Jangan lepaskan peluang undi drama-drama terbaik pilihan hati korang ❤️

Drama Thu, 25 Aug 2022
Drama Mon, 6 Feb 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’

Apabila tragedi hitam kembali menghantui.

Drama Fri, 24 Mar 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Irama Kita’

Sebuah kisah yang mempesonakan.

Drama Thu, 30 May 2024