Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 14, 2022 @ 6:39pm

Dua Bulan Nia Ramadhani Menangis Di Rumah Pemulihan Akhlak, Terbit Novel Kisah Kehidupan

Pelakon cantik dari negara Indonesia, Nia Ramadhani pernah mempunyai rekod kesalahan penggunaan dadah pada tahun lalu.

Menerusi perkongsiannya di Liputan6.com, suaminya, Ardi Bakrie yang merupakan seorang usahawan serta pemandunya turut terlibat sama.

Susulan kes tersebut, pasangan suami isteri tersebut telah dijatuhi hukuman sepuluh bulan tinggal di rumah pemulihan akhlak.

Menurut Nia, dia menghabiskan masa dua bulan dengan menangis dan tidak berhenti menyalahkan diri sendiri diatas perbuatan itu.

“Saya di sana selama sepuluh bulan. Tapi, saya mengambil masa sehingga dua setengah bulan hanya untuk menangis dan mengutuk diri sendiri.

“Walaupun sukar, saya tetap harus melewatinya,” katanya.

Ibu kepada tiga orang anak ini akhirnya mengambil pengalaman hitamnya itu dan menerbitkan novel berjudul Cerita Ade.

Untuk rekod, Ade merupakan panggilan mesra untuk Nia di dalam lingkungan keluarganya.

Selain itu, Cerita Ade mendapat sentuhan penulis Pidi Baiq dan berhasrat untuk mengangkat kisah Nia di dalam bentuk filem.

“Ini perjalanan seorang tokoh Ade dari masa kecil sampai dengan besar, banyak pelajaran yang bisa diambil bukan hanya dari kesalahan yang dia lakukan, mungkin bisa kita pelajari.

“Sepanjang menjalani proses pemulihan diri, saya telah mendapat hikmah yang sangat besar. Jadi mengapa tidak saya kongsikan pengalaman ini kepada semua.

“Setelah kejadian setahun lalu itu, keutamaan saya sudah tidak lagi untuk dunia, tapi untuk menyenangkan Tuhan. Kan Tuhan memberikan ujian bukan tanpa sebab, pasti ada maksud di balik itu.

“Mungkin saja di sini saya diberikan kesempatan oleh Allah untuk bisa memberikan hikmah ke orang lain,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Dec 2018

Pakai Seksi? Thank You, Next!

Kalau boleh saya tidak mahu lagi memakai pakaian mencolok mata sesuai. Ia juga salah satu persediaan sebelum bergelar seorang isteri.

Featured Sat, 25 Apr 2020
Hiburan Sun, 3 Nov 2024

Farid Kamil Kongsi Foto Warkah Istimewa Untuk Isteri Sempena Anniversary Ke-12, Diana Danielle Pula Muat Naik Video Bakar Surat

Hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle yang ke-12.

Trending Thu, 2 Apr 2020

[VIDEO] Rakyat Malaysia Disaran Jangan ‘Bebal’ Kalau Nak Raya

Tolong rakyat Malaysia, sama-sama kita patuhi arahan PKP ini okay!

Featured Fri, 14 Nov 2025

Kongsi Foto Hospital Bahagia… Netizen Spekukasi Zizi Kirana, Malique Ibrahim Jalin Kolaborasi Bersama Yasin Sulaiman?

Perkongsian foto sama antara penyanyi popular, Malique Ibrahim dan Zizi Kirana mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Events Tue, 14 Apr 2020
Featured Mon, 8 Sep 2025
error: Content is protected !!