Categories: Eat Travel

4 Tip Untuk Cegah Jet Lag Bila Pergi Dan Balik Dari Holiday

Anda pernah tak mengalami jet lag? Masalah jet lag ini biasanya dialami jika kita melancong ke luar negara yang mengambil tempoh perjalanan yang berjam-jam untuk sampai ke negara tersebut. Kemudian, negara yang kita tuju itu mempunyai waktu yang berbeza dengan negara kita. Jadinya, pergeseran waktu tidur, makan dan waktu berehat akan terus berubah sehingga badan kita tidak biasa dengan keadaan tersebut.

Apabila badan kita tidak biasa dengan keadaan tersebut, kita akan terasa lemah, sakit kepala, hilang nafsu makan, mengantuk di siang hari dan berjaga di waktu malam. Situasi ini yang disebut sebagai jet lag. Biasanya, perbezaan zon waktu yang panjang seperti 11 jam dari waktu asal lebih berisiko untuk terkena jet leg.

Bagi anda yang sudah merancang untuk bercuti di luar negara, mungkin anda boleh ikuti tip ini untuk mencegah atau meminimakan risiko terkena jet lag. 

1. Atur jam mengikut destinasi

Foto: Raja Indonesia

Apabila anda menaiki kapal terbang, sebaiknya atur jam tangan anda mengikut zon waktu destinasi yang ingin anda tuju. Anda juga perlu sesuaikan diri anda dengan jadual makan dan tidur dengan zon waktu yang baharu mengikut jam tangan anda.

Contohnya, apabila jam tangan anda menunjukkan waktu tidur, cuba untuk tidur walaupun anda belum mengantuk. Cara ini dapat membiasakan diri anda dengan zon waktu yang baharu apabila sampai ke destinasi. 

2. Perbanyakkan minum air putih

Foto: Sify Bawarchi

Anda perlu minum banyak air putih sekurang-kurangnya 2 liter setiap jam walaupun anda tidak berasa dahaga. Kelembapan udara yang rendah di dalam pesawat akan membuatkan tubuh kekurangan cecair. Keadaan ini sangat penting untuk anda menambahkan cecair dalam badan dengan meminum air putih yang secukupnya. Badan juga akan sentiasa segar.

3. Jauhi minuman berkafein

Sebaiknya, elak mengambil minuman berkafein sebelum penerbangan. Jika anda beranggapan minuman kafein dapat membuatkan anda tidak mengantuk dan berjaga lebih lama, hakikatnya ia akan membuatkan anda sering terjaga ketika mahu tidur. Keadaan ini akan menganggu waktu tidur anda mengikut zon waktu baharu yang telah diaturkan tadi. 

4. Ambil udara dan bersiar-siar

Foto: Wanista

Apabila anda sudah sampai ke destinasi, cubalah untuk keluar bersiar-siar dengan menghabiskan waktu di bawah sinaran matahari. Aktiviti ini dapat membantu tubuh anda untuk menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana yang baharu. Selain itu, penuhi waktu anda dengan aktiviti-aktiviti menarik mengikut waktu di sana. Janganlah waktu siang anda tidur sahaja!

Jadi, ikuti tip ini kalau anda tidak mahu percutian anda terganggu! 

Sumber: Libur

tex_admin