Categories: Eat Travel

7 Sebab Pulau Bali Adalah Destinasi Honeymoon Yang Perfect Untuk Anda

Okay, majlis perkahwinan anda dah settle. Sekarang tiba masanya untuk pergi berbulan madu! Masih belum decide ke mana anda nak pergi? 

Biasalah, orang Malaysia mesti nak pergi jauh-jauh seperti lokasi di negara-negara Eropah ataupun Maldives. Tapi kalau bajet anda tak mengizinkan, negara Asia pun ada.

Salah sebuah destinasi popular untuk honeymoon adalah Bali, Indonesia tapi anda tahukah kenapa ia popular? Ada 7 sebab yang boleh membantu anda buat keputusan dan di Bali, anda pasti akan dapat mengukir memori indah bersama orang tersayang.

1. Penginapan bertaraf dunia

Sesetengah orang fikir “kita nak berjalan-jalan, bukan nak tidur” jadi mereka tak kisah pun di mana mereka menginap ketika melancong. No! Bali adalah salah sebuah lokasi paling perfect untuk honeymoon. Takkan nak lepaskan peluang ini dengan menginap di hostel biasa saja?

Foto: Elite Havens

Anda boleh pilih dari ratusan vila mewah — nak bilik dengan pemandangan indah ke, bilik yang ada private pool ke, atau bilik yang terletak betul-betul depan laut… mana-mana pun gerenti romantik. Harganya pun berpatutan.

2. Pantai yang mempersonakan

Foto: Bridal Guide

Bali juga terkenal dengan pantai-pantainya yang gorgeous. Pilih jenis pantai mana yang anda suka — berpasir atau berbatu, senyap atau riuh — dan pastikan anda habiskan masa sekurang-kurangnya 2 hari di situ. Nak duduk lepak saja pun boleh, nak buat pelbagai aktiviti pantai seperti belajar surfing, pun boleh.

Foto: Papabali

3. Aktiviti lasak

Sementara anda masih muda-muda ini, baik enjoy habis-habisan dengan aktiviti yang mencabar. Selain aktiviti di pantai, Bali juga menawarkan aktiviti jungle-trekking, white-water rafting serta gelongsor air terjun! Sediakan makanan untuk berkelah, cari service tourguide dan teroka keindahan serta kehijauan hutan-hutan yang sama gorgeous di Bali. Kalau anda jenis yang extreme, anda boleh juga mendaki salah sebuah gunung berapi di sana yang masih aktif!

Foto: New Bali

Selain itu, ada juga tour berbasikal, lawatan ke perkampungan nelayan serta kuil-kuil cantik. Pilih sendiri itinerary anda, dan semua aktiviti ini mesti akan lebih menyeronokkan dengan adanya teman tersayang di sisi.

Foto: Bike Tour Korea

4. Makan malam romantik

Orang-orang Bali memang kreatif dalam menawarkan pakej makanan untuk pelanggan yang sedang berbulan madu. Pirate cruise, restoran terapung, menjamu selera di atas pokok, makan di dalam gua – macam-macam ada untuk membuatkan pengalaman anda lebih indah!

Foto: Top Indonesia

Sesetengah restoran boleh menyediakan makanan halal jika anda membuat tempahan awal, jadi check dulu!

Foto: Four Seasons

5. Rehat dan relaks

Masih merasa penat setelah merancang majlis perkahwinan anda? Inilah masanya untuk rehat dan hilangkan stress. Ambil masa anda untuk menikmati pemandangan gorgeous di Bali yang tiada tandingannya. Jauh dari bandar, ada banyak lokasi-lokasi semulajadi yang gerenti boleh berikan ketenangan yang anda perlukan.

Foto: Creation Earth

Selain itu, anda boleh juga relakskan badan dengan aktiviti spa! Macam-macam jenis sesi urutan yang ditawarkan, dan jangan lepaskan peluang untuk menikmati treatment khas di Indonesia: cream bath. Tak mahal sangat tapi rasa macam heaven.

6. Kaya dengan budaya

Selain enjoy aktiviti-aktiviti yang ada, pengunjung Bali patut mendalami budaya orang-orang di sana. Ada persembahan-persembahan tradisional yang anda boleh check out, tapi yang mesti anda saksikan ialah tarian Kecak di Uluwatu. Tarian api ini menceritakan kisah Putera Rama, Puteri Sita dan Tuhan Monyet Hanoman, dan dipersembahkan dengan berbelakangkan pemandangan matahari terbenam. Memang gorgeous!

Foto: Dass Tour Handling

Bali juga merupakan salah sebuah pengeluar kopi terbesar di dunia, jadi di sini ada banyak ladang kopi, teh dan koko yang anda boleh kunjungi. Cuba rasa pelbagai jenis kopi menarik termasuklah Kopi Luwak (alah, kopi di mana bijinya keluar bersama najis musang itu, pernah dengar, kan?).

Foto: www.havehalalwilltravel.com

7. Aktiviti menarik untuk pasangan

Semua aktiviti yang dah disebut boleh dibuat secara berpasangan, tapi ada lagi yang khas untuk couple. Salah satunya ialah membuat coklat anda sendiri di Pod’s Chocolate Tour. Mulakan dengan minuman coklat, dan teruskan dengan chocolate tasting dan akhir sekali bancuh sendiri coklat anda.

Foto: Conrad Bali

Anda juga boleh buat minyak wangi anda sendiri mengikut kesukaan anda di workshop L’Atelier Parfums and Creations. Anda bukan saja dapat bawa pulang hasil rekaan anda, mereka juga akan menyimpan rekod anda in case anda nak beli lagi minyak wangi yang sama.

Foto: Rimba Jimbaran

Dan daripada tersangkut di dalam traffic jam, anda boleh saja menempah skuter untuk bergerak ke mana-mana di Bali. Lagi romantik!

Anda dah dapat bayangkan betapa syoknya bila melancong ke Bali bersama orang tersayang? Tak perlu pergi jauh-jauh dan bayar mahal-mahal. Selamat melancong!

Sumber: Have Halal Will Travel

Ad Ops