Categories: Eat Travel

Chocolate Stick Ini Memang Rangup Dan Sesuai Untuk Juadah Kuih Raya Anda!

Raya dah nak dekat, kuih raya anda dah ada berapa jenis? Mesti anda sibuk membuat kuih raya, kan? Yelah, kuih yang dibuat sendiri lebih sedap berbanding beli di kedai.

Bagi anda yang masih tak tahu lagi nak buat kuih raya jenis yang macam mana, anda boleh mencuba resepi Chocolate Stick yang super sedap dan rangup ini. Penulis yakin, bukan anda sahaja yang akan suka dengan keenakannya, malah anak-anak anda juga akan suka. Kalau tak percaya, jom cuba buat!

Bahan-bahan yang diperlukan:

25 Keping kulit popia

250 Gram badam dicincang

1 1/2 Minyak masak

1 Cawan coklat masakan

Serbuk roti

Cara membuatnya:

1. Potong kulit popia secara memanjang (rujuk pada video). Gulungkan mengikut acuan chopstick yang akan menjadi gulungan jejari.

2. Panaskan pan, dan goreng badam tanpa menggunakan minyak. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.

3. Panaskan minyak di dalam pan, dan apabila ia sudah betul-betul panas, goreng kulit popia sehingga menjadi warna kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.

4. Panaskan air di dalam periuk pengukus, kemudian, panaskan coklat masakan dan kacau sehingga menjadi cair.

5. Campurkan badam dan serbuk roti ke dalam mangkuk. Gaul rata.

6. Celupkan jejari popia ke dalam coklat dan gaulkan pula kedalam campuran badam dan serbuk roti. Siap!

7. Apabila sudah siap, simpan di dalam bekas yang bertutup untuk mengekalkan kerangupan chocolate stick tersebut. 

Mudah sangat nak buat kan? Masih ada banyak masa lagi sebelum raya kalau anda nak cuba buat resepi ini. Malam raya pun boleh buat! 

Selamat mencuba!

Sumber: Seminit Resepi

tex_admin