Categories: Parenting

Anak Kecil Anda Buat Hal Di Pusat Membeli-Belah? Hindarinya Dengan 7 Tip Ini

Anak merengek dan buat hal ketika membeli-belah memang boleh buat parents naik darah dan hilang terus mood bershopping.

Tidak boleh dinafikan yang membeli-belah dengan anak kecil sedikit menduga iman lebih-lebih lagi ketika mereka meragam. Bagaimana cara mengatasinya?

Hijab & Heels kongsikan tip-tip ini agar aktiviti membeli-belah anda bersama si kecil sentiasa nyaman, tenang dan tak bermasalah. 

Apa yang perlu dilakukan sebelum keluar shopping!

1. Rancang masa untuk pergi membeli-belah. Seelok-eloknya pergi sebelum waktu petang kerana anak anda mungkin sudah penat pada masa itu.

2. Berikan bayi atau anak anda makan atau minum susu terlebih dahulu. Bila perut anak anda kenyang, selalunya mereka jarang meragam.

3. Tidurkan anak terlebih dahulu. Bila mereka mendapatkan tidur yang mencukupi, mereka tidak akan meragam.
Sediakan kudapan untuk anak makan. Anak anda mungkin akan rasa keletihan apabila berjalan seharian. Mungkin anda boleh bawa buahan, biskut dan kek. Jangan lupa air masak dan elakkan bawa air manis kerana apabila mereka minum air manis, mereka mungkin akan menjadi hyperactive.

4. Pilih pusat membeli-belah yang mempunyai tempat permainan. Ini akan membuatkan anak anda leka dan memudahkan anda untuk membuat pilihan barangan.

5. Jika anda bercadang untuk membeli-belah di tempat yang tiada penghawa dingin, pakaikan baju yang berasaskan kain kapas atau yang boleh menyerap peluh untuk anak anda.

6. Tetapkan masa yang perlu diambil untuk membeli-belah. Ini kerana anak anda mungkin akan cepat bosan dan mereka mungkin anak buat perangai.

7. Pesan kepada anak anda untuk tidak membuat perangai di tempat awam. Mungkin anda boleh belikan barangan yang mereka kehendaki sebagai tanda menghargai usaha mereka untuk tidak membuat perangai.

Foto: Mamamia

Sumber: Jelita

Yanie Baharom