Categories: Eat Travel

Teringin Makan Churros? Ikut Resepi Mudah Ini, Gerenti Selepas Ini Boleh Makan Setiap Hari

Kalau teringin makan churros, biasanya anda akan ke mana? Tentunya di Street Churros kan? Kerana premis francais makanan popular Korea Selatan itu saja yang menawarkan variasi hidangan churros selain rasanya yang enak.

Tetapi, untuk penjimatan duit minyak memandangkan Street Churros yang terdapat di beberapa tempat dan mungkin agak jauh bagi sesetengah pelanggan, selain harga churros itu sendiri, mungkin dengan membuatnya sendiri jauh lebih jimat.

Sekaligus boleh dijadikan hidangan minum petang istimewa buat tetamu yang datang bertandang di rumah anda sekiranya tidak sempat membeli apa-apa untuk menjamu mereka. Resipinya ringkas dan mudah disediakan.

Tak susah pun sebenarnya membuat churros ni. Make sure bahan-bahan mengikut sukatan dan selebihnya follow aturan cara-cara penyediaannya seperti di dalam video di bawah. Let’s do this!

Bahan-bahan:

– 1 cawan air
– 1 cawan tepung gandum
– 4 sudu besar mentega
– 3 telur
– 1 sudu besar gula
– 1 sudu kecil ekstrak vanilla
– Minyak canola

Topping:
½ cawan gula caster
2 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara-cara:

1. Panaskan air, mentega dan gula sehingga cair
2. Masukkan tepung dan gaul sehingga sebati
3. Biarkan adunan sejuk selama 5 hingga 10 minit
4. Masukkan ekstrak vanilla dan gaul
5. Masukkan telur satu persatu dan gaul
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag (guna star nozzle)
7. Pipe ke dalam minyak panas dan goreng sehingga perang
8. Gaul bahan-bahan topping
9. Salut churros dengan topping dan hidang!

Sumber : Seismik Makan

Yanie Baharom