Categories: Eat Travel

Buat 4 Jenis Kek Di Dalam Mug Dengan Menggunakan Microwave, 3 Minit Dah Siap!

Adakah anda nak buat kek tapi tak ada ketuhar? Ataupun anda seseorang yang malas nak buat kek tapi teringin juga nak buat?

Kalau nak buat kek kan kena keluarkan mesin pengadun? Lepas itu, nak kena pakai mangkuk besar,  loyang kek, sudu pengacau… banyaknya yang nak kena cuci nanti!

Okay, tak perlu risau. Ada cara penyelesaian untuk masalah-masalah tersebut. Ada cara lain yang tak leceh atau menyusahkan!

Apa caranya? Bakar saja kek anda dalam cawan mug. Senang sebab tak perlu pakai mixer, kacau saja dengan garfu. Kemudian tak perlu bakar dalam ketuhar. Microwave oven saja pun boleh!

Di dalam video di bawah ini, anda boleh pelajari 4 cara untuk buat kek cawan ini. Resipi yang dikongsikan adalah untuk kek Chocolate Hazelnut, Strawberry ‘n’ Cream, Cookies ‘n’ Cream dan kek hari jadi.

Tengok saja video ini pun anda boleh tahu yang ia memang mudah untuk diikuti.

Bahan-bahan yang basic yang anda perlukan hanyalah tepung, gula, serbuk penaik, minyak sayuran, esktrak vanila dan susu.

Anda juga hanya perlu “bakar” kek ini di dalam microwave selama 1 minit 30 saat saja. Mudah, kan?

Pastikan anda pakai mug yang cukup besar dan selamat untuk digunakan di dalam microwave.

Jom cuba!

Sumber: Tasty

Ad Ops