Categories: Eat Travel

Country Garden Johor Lokasi Percutian Mewah Untuk Anda!

Country Garden yang terletak di Danga Bay, Johor Bahru merupakan antara lokasi percutian yang ideal untuk anda! Ini kerana, pemandangan di sana seolah-olah anda berada di luar negara.

Untuk pengetahuan anda, Country Garden Danga Bay adalah projek bersepadu mega yang terdiri daripada unit kediaman tepi laut, pantai buatan manusia, marina dan kedai-kedai komersil yang banyak menekankan pada landskap yang sangat cantik dan menarik!

Foto: Science UTM

Foto: Science UTM

Penulis sendiri pernah mengunjungi Country Garden ini, memang cantik tak terkata! Ini kerana, lokasinya yang berhadapan dengan pantai Danga Bay menjadi tarikan kepada orang rami. Kalau anda nak tahu, pantai Danga Bay mempunyai hampir 25 km garis pantai yang tersebar di tepi pantai serta menjadikannya pantai utama di Johor.

Foto : Facebook Country Johor

Foto : Facebook Country Johor

Foto : Facebook Country Johor

Menariknya, jika anda bermalam di sini, anda boleh menikmati ketenangan dengan melihat suasana pantai pada waktu malam. Di samping itu, anda juga boleh jalan-jalan cari makan di sekitar bandar Johor Bahru, memang banyak tempat makan sedap di sana.

Foto : Facebook Country Johor

Bagi anda yang sedang mencari tempat mewah serta selesa untuk seisi keluarga, bercutilah ke Country Garden Johor ini. Pasti anda akan puas hati!

Sumber: The Vocket

tex_admin