Categories: Filem

Luna Maya Kongsi Pengalaman Cemas Sewaktu Pembikinan Filem Sabrina

Pelakon utama filem Sabrina, Luna Maya kin berada di Kuala Lumpur bersama rakan gandingannya, Sara Wijayanto dan Christian Sugiono sempena promosi filem itu.

Pelakon berusia 35 tahun ini berkongsi pengalaman mencemaskan ketika di set penggambaran.

“ Paling takut ketika saya melakonkan babak tertimbus dalam lubang. Saya perlu menahan nafas beberapa minit selepas tubuh saya dikambus pasir.

“ Saya betul-betul rasa sedang dikebumikan,” katanya yang pada mulanya menolak melakonkan babak itu.

Selepas beberapa kali dipujuk, barulah Luna bersedia melakukannya.

“ Tubuh dikambus pasir sehingga hidung dipenuhi pasir. Saya rasa penat kerana babak itu dibuat beberapa kali. 

“ Perasaanya memang seperti benar-benar dikebumikan. Memang mencabar,” katanya.

Filem ini mengisahkan Maira berkahwin dengan Aiden, seorang pembuat anak patung yang juga pemilik syarikat mainan. 

Mereka telah mengambil anak angkat perempuan, iaitu anak saudara Aiden, Vanya, yang masih lagi tidak dapat menerima kematian ibunya. Mahu menyeru mendiang ibunya, Vanya bermain Charlie`s Pencil. Banyak kejadian aneh yang mula terjadi selepas itu, nak tengok kesudahnnya? Jom ke pawagam menonton Sabrina bermula 18 Oktober ini.

SGMS Faida