Categories: Eat TravelFeatured

Nikmati Hidangan Lazat Dalam Suasana Berkonsepkan Bar Yang Dijamin 100% Halal

Meremang bulu roma tatkala mendengar nama restoran ini yang diberi nama Jibril.

Sekadar berkongsi sedikit info, di dalam Islam kita ada Malaikat Jibril merupakan malaikat yang menyampaikan wahyu kepada para Nabi dan para Rasul.

Berdasarkan Al-Quran, Malaikat Jibril adalah ketua kepada keseluruhan para Malaikat.

Bercakap mengenai restoran Jibril ini pula, terdapat pelbagai hidangan yang lazat.

Mengetengahkan konsep speakeasy (hidden bar), biarpun ‘berselindung’ di sebalik pintu yang seakan tersembunyi, Jibril sudah memiliki sekumpulan peminat tegar yang kerap kembali mengunjungi restoran tersebut disebabkan menu fusion-nya yang enak dan berkualiti pada harga yang berpatutan.

Yang pasti ianya halal, bebas alkohol meskipun membawa konsep bar ala-ala Hollywood!

Terletak di lokasi beralamatkan No. 25 Jalan SS15/4B, 47500 Subang Jaya, Selangor, restoran ini mempunyai beberapa menu signature.

Lihat senarai signature menu di bawah ini.

1. Butter Chicken Chop Pasta (RM21.90)

Foto: JJCM

Hidangan Butter Chicken merupakan menu signature restoran ini di mana pengunjung boleh memilih untuk menikmatinya dengan nasi putih ataupun bersama pasta.

Ayam digoreng dengan telur masin sehingga rangup di luar tetapi masih juicy di dalam sebelum dimasak dengan butter sauce.

Sos-nya cukup berlemak dan manis dengan sedikit rasa pedas dari cili padi bagi mengimbangi rasa lemak.

2. Red Butter Chicken (RM18.90)

Foto: JJCM

Di sini, sos-nya cream-based ala Korea dengan rasa masam-masam manis dan tambahan biji bijan. Untuk hidangan dinamakan Red Butter Chicken ini ia cuma berharga RM18.90.

3. Pineapple Fried Rice (RM12.90)

Foto: JJCM

Dihidangkan di dalam buah nanas yang telah dikeluarkan isinya, nasi goreng yang dihasilkan cukup membuka selera.

Terutama dengan hadirnya cebisan buah nanas yang menghidupkan hidangan dengan rasa manis, masam dan pedas.

Selain tiga menu kegemaran ramai ini, Jibril juga menawarkan variasi hidangan antaranya Swedish Meetballs yang berharga RM16.90, Coconut Butter Chicken (RM19.90) dan Javanese Fried Chicken (ayam penyet) berharga RM14.90.

Restoran itu juga mencipta resipi minuman sendiri iaitu Potter (Butter Bear) serta dessert yang sangat enak antaranya Brownies With Ice Cream (RM9.90), Churros (RM8.90) dan Nutella Brownies (RM7.90). 

Foto: Sizzling Suzai (Potter)

Sumber: JJCM

Yanie Baharom