Categories: Eat Travel

Diiktiraf Sebagai 100 Destinasi Terbaik Pelancongan Eko Dunia, Taiping Wajar Dicontohi!

Jika anda pernah menjelajah ke Taiping, anda pasti bersetuju ia sebuah bandar yang mendamaikan.

Justeru itu, tidak menghairankan apabila Taiping disenaraikan antara 100 destinasi terbaik pelancongan eko dunia dalam Green Destination ITB Award 2018, selepas Ipoh diumum sebagai tempat yang perlu dilawati menerusi anugerah sama.

Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan apatah lagi Taiping merupakan satu-satunya bandar yang mewakili negeri Perak bahkan Malaysia menerima Anugerah Green Destination ITB 2018 dalam kategori Destination Management.

Foto: Kuala Kurau

Untuk pengetahuan anda, anugerah itu dikendalikan oleh ‘Green Destination Foundation’ dan ianya merupakan satu inisiatif kerjasama ‘Green Destinations, European Centre for Eco & Agro Tourism (ECEAT) dan Coastal & Marine Union – EUCC yang berpangkalan di Netherland.

Malah, sebelum ini Taiping telah menerima Sijil Pematuhan ASEAN Clean Tourist City (ACTC) Standard 2017 pada Disember tahun lalu.

Usaha yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Taiping untuk mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa harus dicontohi oleh majlis perbandaran yang lain agar dapat menaikkan sektor perlancongan di negara kita.

Foto: Taman Tasik Taiping Perak

Sumber: Astro Awani

Yanie Baharom