Categories: Eat Travel

Ikan Berenang-Renang Di Kaki Anda Bila Lepak Minum Di Kafe Ini

Jika anda holiday ke Ho Chi Minh, Vietnam jangan lupa singgah ke Amix Coffee! Kafe ini sangat menarik dan lain daripada yang lain kerana lantainya dipenuhi dengan ratusan ikan yang kecil mahupun besar. Jangan risau, ikan-ikan ini tidak akan gigit kaki anda! 

Jika anda nak lepak minum di kafe ini berkonsepkan kolam buatan manusia yang penuh dengan ikan warna-warni ini, anda akan diminta untuk membuka kasut terlebih dahulu.

Kemudian, barulah anda boleh menikmati pelbagai minuman serta makanan ringan sambil merasai ikan emas Jepun dan ikan-ikan kecil lain yang berenang di kaki.

Foto: Facebook Amix Coffee

Foto: Facebook Amix Coffee

Foto: Facebook Amix Coffee

Foto: Báo Mới

Untuk pengetahuan anda, Amix Coffee ini dimiliki oleh seorang lelaki berusia 23 tahun bernama Nguyen Duoc Hoa. Idea kreatif memerlukan 10,000 liter air untuk memenuhi keluasan kafe ini. Bagi memastikan air sentiasa bersih, kafe ini menggunakan 3 kali sistem penapisan agar air bersih dapat dibekalkan setiap waktu.

Foto: Facebook Amix Coffee

Foto: Báo Mới

Best kan? Unik sangat konsep kafe ini. Kalau anda berkunjung ke kafe ini, jangan lupa ambil foto banyak-banyak ya!

Sumber: Amix Coffee Facebook & Era.je

tex_admin