Sudahlah harga yang ditawarkan kepada pengunjung berpatutan, bahkan di Laman Kayangan Shah Alam ini anda boleh menikmati hidangan berbuka terdiri daripada makanan signature dish sesetengah negeri termasuk Singapura.
Selain Sup Tulang dan Nasi Arab Kambing Golek yang menjadi tarikan utama bufet Ramadan bertemakan Jom Berbuka Kembara Selera Memikat Jiwa, anda juga berpeluang menikmati hidangan popular negeri Johor seperti Kacang Pool Larkin.
Selain Sup Tulang Merah (Singapura), Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya membuatkan mata rambang.
Terdapat 11 gerai kesemuanya bermula dari huruf A hingga J yang menyediakan kepelbagaian menu menarik. Selain gerai “Beverages” (Tak Tuang Tuang) termasuk section kuih-muih tradisional serta buah-buahan yang mana kadar bayaran untuk kesemua ini hanya RM65 untuk orang dewasa manakala RM35 (kanak-kanak & warga emas).
Tidak hanya ruang makan yang selesa, luas dan berhawa dingin, kemudahan lain turut disediakan buat pelanggan adalah, tempat letak kereta secara percuma, surau dan persembahan ghazal yang bakal menghiburkan anda sepanjang berbuka.
Untuk mengetahui menu bufet yang terdapat di Laman Kayangan Shah Alam, jom kita jengok senarai hidangan di bawah ini :–
1. Gerai A (Bombastik)
2. Gerai B (Kacang Pool Larkin)
3. Gerai C (Mat Tak Done)
4. Gerai D (Periok Belanga)
5. Gerai E (Teluk Kumbaq)
6. Gerai F (Kap Khun Khap)
7. Gerai G (Mr Burn)
8. Gerai H (Round The Clock)
9. Gerai I (Noodle In Boat)
10. Gerai “Beverages” (Tak Tuang Tuang)
11. Gerai J (Aeroon Pak Ajis)
Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi Puan Rohayah (016-2656510) dan Puan Nor Iliana (019-311 7443 / 03-5542 4200).
Memang ramai betul CCTV Sarah Yasmine ek😅
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.
MasyaAllah, hebatnya perancangan Allah SWT🧡🧡🧡
Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️
Alahai Jayden! Makin besar, makin bijak soalan dia bikin min sebak🥺