Categories: Eat Travel

Ini Cara Nak Buat Kerepek Ubi Kentang Sedap Dengan Menggunakan Microwave

Selalunya kalau nak buat kerepek ubi kentang untuk dipasarkan, kena gunakan macam-macam mesin. Walaupun tak berapa canggih, dikira mesinlah juga.

Pertama sekali kena hiris halus-halus, kemudian ia digoreng dalam kuali, kemudian ia “dikeringkan” guna mesin. Lepas itu barulah boleh dibungkus.

Tapi jika anda tiba-tiba teringin nak makan di rumah, anda boleh buat sendiri dengan menggunakan microwave oven saja.

Dengan cara ini, anda boleh tentukan sendiri kemasinan kerepek ini. Jom check out cara-cara nak buat menerusi video ini.

Bahan-bahan

  • 1 biji ubi kentang jenis russet
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Di atas papan pemotong, hiris ubi kentang itu hingga menjadi kepingan bersaiz ⅛ inci.
  2. Keringkan kepingan tersebut dengan tisu tebal hingga tiada lagi kelembapan.
  3. Pindahkan kepingan ubi ke dalam mangkuk dan salutkan dengan minyak zaitun.
  4. Sapukan minyak zaitun juga ke atas permukaan sebuah pinggan leper hingga seluruhnya dilitupi dengan minyak.
  5. Letakkan kepingan ubi tadi ke atasnya dengan lapisan rasa dan taburkan garam sedikit.
  6. Letakkan ke dalam microwave oven dan pasangkan ke mode tinggi selama 6 ke 7 minit ataupun hingga kepingan ubi itu sudah menjadi keperangan. Keluarkan daripada microwave oven selepas itu. Enjoy!

Nota: Jika kepingan tersebut melekat pada pinggan, terbalikkannya pada minit ketiga.

Sumber: Tasty

Ad Ops