Categories: Eat Travel

Jom Cuba Buat Biskut Oreo Sendiri Pada Hari Cuti Ini, Mudah Sangat!

Ada ke orang yang tak suka biskut Oreo? Dua keping biskut berperisa coklat yang berintikan sekeping krim vanila, memang lazat untuk dimakan sebagai snek.

Bukan kanak-kanak saja yang minat, orang dewasa pun sama. Cicah dalam air susu… fuuuh. Kadang-kadang tak boleh berhenti!

Sekarang ini dah ada macam-macam variasi, tapi hmm… penulis rasa biskut Oreo macam dah lebih mahal daripada biasa.

Bagi anda yang rasa tak berbaloi untuk beli satu pek untuk harga yang ditetapkan, apa kata anda cuba buat sendiri saja biskut Oreo anda? Kalau buat banyak-banyak, boleh makan banyak-banyak! Muahaha!

Jika berminat, di sini ada resipinya. 

Bahan-bahannya:

1) Untuk biskut coklat

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 2 cawan tepung
  • 1 1/4 cawan serbuk koko dark chocolate
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

2) Untuk inti krim vanila

  • 1/2 cawan mentega
  • 2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila

Ikut saja langkah-langkah yang ditunjukkan di dalam video. Mudah sangat!

Sumber: Tips & Tricks

Ad Ops