Categories: Eat Travel

Jom Lepak Sambil Makan Lamb Chop Di Mr. Steak House Shah Alam. Memang Puas Hati!

Anda suka tak makan western food? Kalau suka, apa kata anda try makan dekat restoran Mr. Steak House di Shah Alam ini. Di restoran ini, anda bukan sahaja dapat menikmati hidangan western yang sedap, malah harganya juga berpatutan. Chicken Chop, Lamb Chop, Grill Chicken dan Smoke Salmon antara menu yang popular di restoran ini.

Selain itu, Mr.Steak House juga menyediakan masakan Itali yang cukup sedap seperti Spaghetti Seafood, Macaroni, dan Fried Spaghetti. Jom sama-sama kita cuci mata tengok kelazatan menu-menu yang disediakan oleh Mr. Steak House ini.

Terliur tak? Untuk pengetahuan anda, restoran ini dibuka pada pukul 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam. Kalau anda nak survey harga boleh tengok menu ini:

Jadi, tunggu apa lagi jom kita serbu restoran Mr.Steak House dekat Shah Alam ini! Ini alamat restorannya:

G 07, No. 7 Persiaran Sukan,
Laman Seri Business
Shah Alam, Malaysia.

Sumber: Mr.Steak House Shah Alam

tex_admin