Categories: Eat Travel

Jom Nikmati Hidangan Kopitiam Yang Lazat Di Dalam Banggunan Berusia 105 Tahun Ini!

Pendapat ramai mengatakan hidangan yang diperbuat secara tradisional dan asli sukar ditandingi kelazatannya.

Begitulah juga dengan hidangan kafe yang terletak berdekatakan Dataran Merdeka dan Masjid Jamek ini.

Foto: JJCM

Dikenali sebagai Kafe Old Market Place, ia merupakan salah satu cafe tertua di Kuala Lumpur dan mula beroperasi pada 1928.

Walaupun bandar Kuala Lumpur sudah berubah banyak sejak itu, kafe ini masih mengekalkan sesetengah menu dan jenis makanan yang sama dengan zaman dulu.

Foto: JJCM

Selain hidangan kopitiam yang tipikal, pelanggan juga ditawarkan dengan variasi hidangan yang lebih moden sambil menikmati persekitaran penuh bersejarah di dalam banggunan berusia 105 tahun itu.

Jom kita lihat menu apakah yang menarik dan lazat terdapat disini!

1. Nasi Lemak (RM12.00)

Foto: JJCM

Seiring dengan statusnya sebagai hidangan nasional, nasi lemak menjadi item paling popular di dalam menu. Ayam goreng berempahnya rangup di luar tetapi masih juicy dan tender di dalam. Cili tumisnya menggigit tetapi pada masa yang sama, manis.

2. Chee Cheong Fun (RM8.00 – RM12.00)

Foto: JJCM

Hidangan dari selatan China yang berjaya mendapat tempat di hati warga Malaysia ini turut menjadi item kegemaran ramai di sini.

Bezanya daripada yong tau foo di tempat lain adalah penambahan brokoli. Maka lebih seimbanglah hidangan ini dari segi sayur-sayurannya.

Ia didatangkan dengan dua jenis sos. Sos merahnya tidaklah terlalu pedas sementara brown sauce adalah manis-manis dan berlemak.

3. Mihun Goreng (RM8.80)

JJCM

Nampak saja biasa tetapi jangan terpedaya. Yang ringkas dan yang biasa, yang itulah yang sedap.

Gabungan rasa masin-masin kicap dengan lemak-lemak dari telur dan mee memang membuka selera.

4. Kuah Mee Rebus (RM5.00)

Foto: JJCM

Cukup pekat dan likat. Kombinasi rasa masam-masam limau dan rempah-rempah memang didambakan.

5. Chicken Chop (RM16.00)

Foto: JJCM

Untuk hidangan yang lebih mengenyangkan, Chicken Chop kafe ini sememangnya satu bestseller.

Disediakan dalam cara Hainanese, ayamnya digoreng rangup dengan resipi tersendiri. Brown sauce juga telah diolah sendiri.

Tetapi ada kelainan yang diketengahkan, iaitu penambahan jintan ataupun bawang putih untuk menaikkan selera.

6.  Rojak (RM5.00)

Foto: JJCM

Tidak pedas, tidak terlalu manis. Sebaliknya, kuah rojak kaya dengan lemak-lemak kacang.

Pendek katanya, korang kena cuba makanan disini. Pasti tak menyesal!

Sumber: JJCM

Yanie Baharom