Categories: Eat Travel

Kalau boleh buat aiskrim di rumah, kenapa perlu beli!

Kalau ada pencuci mulut ini di rumah, anak-anak pasti gembira. Tapi jangan dibuat selalu, kerana bimbang mereka tidak ada selera untuk menikmati hidangan lain.

Berbanding membelinya, aiskrim yang dibuat sendiri bebas bahan pengawet justeru ibu-ibu tidak perlu bimbang selagi anda mengawal pemakanan mereka.

Dalam banyak-banyak perisa, tentu saja aiskrim coklat yang paling disukai kanak-kanak.

Hijab & Heels ingin berkongsi resipi aiskrim coklat daripada Seminit Resepi. Uniknya, salah satu bahan utamanya adalah tepung jagung.

Penggunaan tepung jagung di dalam aiskrim menjadikan ia lebih gebu dan sedap.

Tunggu apa lagi, jom kita mulakan!

Bahan:

1 tin susu cair
1/2 tin air
1/2 tin susu pekat
3 sudu teh tepung jagung
2 sudu ovelet
1 sudu esen vanilla
1 cawan whipped cream
1/3 serbuk koko

Cara membuatnya

1. Masukkan susu cair, air, susu pekat, tepung jagung dan masak seketika hingga pekat.

2. Adunan tadi kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin pengadun atau food processor.

3. Langkah seterusnya, masukkan ovelet diikuti esen vanilla, whipped cream dan serbuk koko. Putar selama 10 hingga 15 minit supaya likat.

4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan semalam.

5. Jika anda ingin membuat aiskrim perisa lain, gunakan serbuk perisa yang anda mahukan begitu juga dengan hiasan seperti chocolate chip mahupun chocolate rice.

Di sini, kami turut sediakan video seminit resepi aiskrim berkenaan untuk rujukan anda.

 

 

Sumber video: YouTube

 

Yanie Baharom