Categories: Eat Travel

Kek Marble Ini Memang Gebu, Sekali Makan Memang Nak Lagi!

Hujung minggu sebegini tak salah sekiranya anda nak luangkan masa di dapur untuk mencuba resepi baharu.

Mungkin suami ataupun anak anda boleh menjadi juri untuk menilai masakan air tangan anda. Secara tidak langsung ia dapat mengeratkan hubungan kasih sayang anda bersama mereka. 

Kalau belum ada idea nak masak apa, apa kata minggu ini anda bake a cake?

Penulis nak kongsikan resepi Kek Marble yang sangat gebu dan sedap ini serta sesuai untuk hidangan seisi keluarga anda. Jom kita lihat cara-cara untuk membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

170 Gram tepung gandum, ditapis

100 Gram gula halus

3 Sudu besar susu pekat manis

1 Sudu besar ovalette (sponge cake stabilizer)

1 Sudu kecil serbuk penaik

1 Sudu kecil esen vanila

5 Biji telur (saiz B)

227 Gram mentega

Dark chocolate

Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan mentega dan gula ke dalam bekas dan pukul menggunakan mesin pemutar sehingga kembang dan ringan.

2. Kemudian, masukkan ovalette, esen vanila, serbuk penaik dan susu pekat. Putarkan sehingga sebati.

3. Setelah itu, masukkan telur satu persatu dan putar (rujuk video).

4. Masukkan pula tepung gandum yang telah ditapis sedikit demi sedikit dan putarkan sehingga sebati.

5. Bahagikan adunan tersebut ke dalam dua mangkuk sama rata. 

6. Cairkan dark chocolate dan masukkan ke dalam satu bahagian mangkuk adunan. Kacau sehingga sebati. 

7. Lapiskan acuan kek dengan kertas aluminium dan sapukan sedikit mentega di atas permukaannya.

8. Tuangkan adunan vanila dan coklat secara selang seli (rujuk video).

9. Setelah itu, bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 35 minit. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Limau Nipis

tex_admin