Categories: Eat Travel

Pantai Irama Bachok, Lokasi Liburan Sarat Sentuhan Tradisi

Beach of Melody atau Pantai Irama Bachok, sebuah pantai yang terletak di Kelantan iaitu sekitar 25 kilometer selatan Kota Bharu.

Keindahan dan panorama indah terdapat di sini menjadikan ia destinasi wajib pelancong yang berkunjung ke Kelantan.

Tidak sukar sebenarnya untuk sampai ke sini kerana anda boleh menaiki kenderaan sendiri mahupun kereta sewa yang boleh disewa dengan harga berpatutan.

Bagi mereka yang pernah mengunjungi pantai ini, suasananya tersangatlah sibuk khususnya selepas waktu kerja atau hujung minggu di mana ia menjadi lokasi pilihan seisi keluarga untuk beriadah.

Desiran angin pantai yang berhembus halus dan menerpa pepohonan di sekitarnya, yang boleh didengari dari jalan raya cukup mendamaikan minda.

Sebuah lokasi yang sangat terkenal sebagai tempat bermain layang-layang (permainan tradisional tempatan) kerana memiliki hembusan angin yang stabil dan cukup kencang.

Foto: villaimpiana

Layang-layang yang diterbangkan anda akan mengitari langit pantai yang membiru sehingga bisa menjadi tontonan yang menarik buat pengunjung malah juga untuk merakamkan gambar.

Bila dah datang ke sini untuk bermain layang-layang, sudah tentulah ada perkelahan sekali bersama keluarga tercinta.

Tidak hanya layang-layang yang bisa ditemui di sini, anda juga dapat melihat keindahan ciptaan Ilahi pada pasir putih yang berkilauan gara-gara sinaran matahari.

Pengunjung kanak-kanak khususnya, paling leka bermain pasir pantai dengan membuat istana pasir sambil ditemani ibu bapa mereka.

Mungkin ramai yang berfikir pantai ini tidak sesuai untuk bermandi-manda. Sebenarnya anda boleh melakukan hal yang demikian melainkan pada bulan November sehingga Mac, di mana berlakunya musim tengkujuh!

Foto: Kelantan – Attractions in Malaysia

Sumber: Wisata Malaysia

Yanie Baharom