Categories: Eat Travel

Peminat durian, IKEA kini tawarkan rangkaian pemanis mulut bertemakan buah ini!

Bagi anda yang pernah mengunjungi cawangan peruncit kelengkapan rumah IKEA, anda pasti juga tahu mengenai restoran dan bistronya.

Pengunjung yang penat membeli-belah boleh singgah sebentar untuk menikmati makanan di restoran IKEA yang menyajikan pelbagai hidangan yang boleh tahan juga sedapnya!

Menu yang paling disukai ramai ialah Meatballs, iaitu bebola daging lembut yang disirami kuah pekat dan dihidang dengan kentang putar, sayur dan jem buah lingonberry. Enak yang amat! 

Menu lain juga tidak kurang hebatnya. Ada yang datang ke IKEA semata-mata untuk makan, bukannya untuk membeli perabot!

Di bistro IKEA pula, menu terhangat ialah karipap berisi kentang dan telur rebus. Satu sahaja tidak cukup!

Terbaharu untuk peminatnya, pihak IKEA memperkenalkan rangkaian pemanis mulut yang bertemakan buah durian, bersempena dengan musimnya.

Foto: IKEA

Ada pelbagai jenis juadah yang pasti akan menggamit selera pengunjung, antaranya tart, kek, cream puff dah juga minuman ais frappe. 

Tengoklah gambar di atas! Menarik, bukan? Semuanya tampak sedap, lembut dan menggiurkan.

Peminat buah durian boleh menikmatinya di semua cawangan IKEA mulai hari ini hingga 31 Julai. Ada yang boleh didapati di restoran, dan ada juga boleh dibeli di kafe atau bistro.

Jangan tunggu-tunggu lagi, cepat pergi beli!

Promosi ‘Eat Your Discount’!

Dari 17 Jun ke 17 Julai, beli produk berharga minimum RM50 di Restoran IKEA untuk menikmati rebat RM50 bagi pembelian kelengkapan rumah IKEA berharga minimum RM350 pada hari yang sama.

Maknanya, makan dahulu, dapatkan resit, kemudian membeli-belah.

Bagi IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang, promosi ini sudahpun bermula dan akan berakhir pada 14 Julai. Diskaun RM50 ke atas barangan rumah IKEA akan diberikan bagi setiap pembelian berharga minimum RM300 pada hari yang sama.

Tunggu apa lagi? 

Ad Ops