’Jalan Sesak Sampai ‘Membuang’ Dalam Semak’- Fazley Yaakob Kongsi Pengalaman Balik Kampung

“ Nak berhenti di hentian seterusnya, jarak sejauh 50 kilometer. Kereta pula terlalu banyak. Jadi isteri terpaksa berhenti di tepi jalan dan buang air kecil dalam semak berhampiran,” kata penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob berkongsi pengalaman balik kampung, baru-baru ini.

Kata Fazley, isterinya, Datin Azrene Ahmad terpaksa buang air kecil di tepi lebuh raya akibat kesesakan lalu lintas yang melampau.

“ Saya dalam perjalanan pulang dari Utara ke Kuala Lumpur. Isteri kebetulan datang bulan dan mahu buang air kecil.

“ Sampai sahaja di Hentian Sungai Perak ia sudah ditutup. Saya faham tindakan itu diambil bagi mengekang kesesakan lalu lintas agar tidak menjadi bertambah buruk. Tetapi alangkah baik jika lebih banyak tandas bergerak bagi kemudahan pengguna lebuh raya di musim perayaan ini,” tulisnya di Instagram.

Tambahnya, bukan hanya isterinya sahaja yang melalui situasi begitu malah ada beberapa orang lagi melakukan perkara sama.

“ Boleh dikatakan hampir 30 buah kereta berhenti untuk melakukan tindakan seperti kami.

“Biasanya perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa selama tiga jam tetapi kali ini 13 jam,” katanya.

SGMS Faida