Eat Travel By: Ad Ops August 2, 2019 @ 4:43pm

Pramugari ini dedah 2 tabiat penumpang yang disambut baik oleh kru kabin

Shawn Kathleen sudah biasa dengan perangai penumpang kapal terbang yang teruk kerana beliau pernah bertugas sebagai pramugari dan dia kini menguruskan akaun Instagram popular yang dinamakan “Passanger Shaming”.

Akaun ini menonjolkan betapa buruknya tabiat sesetengah penumpang ketika berada di dalam pesawat.

Ada yang membiarkan sampah berselerak di tempat duduk mereka, ada yang meletakkan kaki di tempat yang tidak sepatutnya, dan ada yang tidak tahu membersihkan tandas setelah menggunakannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Passenger Shaming (@passengershaming) on

Mana perginya adab dan etika mereka? Anda boleh tengok sendiri dan nilai.

Dulu, Shawn menggunakan akaun ini sebagai jurnal yang menyimpan rekod pengalamannya ketika bertemu dengan penumpang yang berkelakuan buruk.

Mungkin keunikan akaun berkenaan menyebabkan kru penerbangan dan orang ramai pula mula menghantar gambar dan video yang mereka rakam.

Begitupun, Shawn berkata, pengalaman sebagai pramugari tidak sentiasa teruk kerana ramai juga penumpang yang memberi kenangan manis kepadanya.

Ada dua jenis kelakuan yang membuatkan seseorang penumpang itu menonjol secara positif.

1. Mula dengan “helo” dan ucapkan “terima kasih”

Dalam kata lain, anda perlulah berbudi bahasa ketika berinteraksi dengan kru kabin.

“Saya tahu perbuatan ini adalah asas, tetapi ia adalah perkara yang baik jika dilakukan. Kru kabin hanya ingin menjalankan tugas mereka, mungkin itu penerbangan mereka yang keenam untuk hari itu.

“Tunjukkan kelakuan yang sopan dan berbuat baik, ikuti arahan dan jangan melawan kru jika mereka menyuruh anda untuk memakai tali pinggang keledar,” kata Shawn.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Passenger Shaming (@passengershaming) on

Shawn berkata, ramai penumpang tidak menghiraukan arahan ini walaupun kapten pesawat sendiri sudah pun memberikan amaran.

“Arahan itu adalah demi keselamatan penumpang sendiri. Tugas utama bagi seorang kru kabin ialah untuk mementingkan keselamatan penumpang, yang kedua barulah keselesaan,” tegasnya.

2. Anggap pesawat sebagai ruang awam – bukannya ruang tamu anda

 Shawn berkata, selain kru kabin, anda juga patut menghormati penumpang lain.

“Nama pun pengangkutan awam! Jika anda menaiki jet peribadi, suka hatilah anda nak buat apa, tetapi jika pengangkutan awam, ini bukan tempat untuk anda memotong bulu hidung atau membuang ketuat. Saya dah pernah lihat itu semua itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Passenger Shaming (@passengershaming) on

“Sedarilah yang anda berada di dalam pengangkutan awam dan anda bukannya di rumah sendiri. Walaupun anda bayar mahal untuk tiket penerbangan itu, tidak semestinya anda boleh melakukan apa saja yang anda suka,” kata Shawn.

Beliau akui, paling tidak suka apabila penumpang meletakkan kaki mereka ke atas dinding yang membahagikan ruang pesawat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Passenger Shaming (@passengershaming) on

“Orang ingat mereka boleh bertindak sedemikian tetapi saya harap mereka sedar yang dinding itu boleh tercabut,” katanya.

Kesimpulannya, anda tidak patut berkelakuan seolah-olah sedang berada di rumah, tetapi anda perlu anggap ruang dalam pesawat ini seperti rumah anda sendiri.

Tanya diri sendiri. Adakah anda akan menyandarkan kaki ke atas dinding yang berpotensi untuk runtuh?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 11 Dec 2018

Resipi Mudah Nak Buat Tamagoyaki

Manfaatkan cuti sekolah dengan membuat hidangan istimewa tamagoyaki untuk seisi keluarga.

Eat Travel Thu, 11 Jul 2019
Eat Travel Wed, 13 Jun 2018

Pajeri Nanas Pelengkap Hidangan Anda

Hidangan pajeri nanas ini memang sedap!

Eat Travel Wed, 17 Jun 2020
Eat Travel Mon, 15 Apr 2019

5 Reasons Why This Hotel in KLIA 2 is The Best Hotel While in Transit in Kuala Lumpur

Let’s get real. Not many people would go on Google to search for “The best transit hotel in town” when they are travelling. Chances are, the travelers would settle for the first hotel they see […]

Eat Travel Wed, 10 Oct 2018

Country Garden Johor Lokasi Percutian Mewah Untuk Anda!

Country Garden Danga Bay adalah projek bersepadu mega.

Eat Travel Fri, 5 Oct 2018

Singapura Perkenalkan Kad Ketibaan Elektronik Bagi Pelancong Asing

Lepas ini tak perlulah beratur lama-lama lagi dah!

Eat Travel Thu, 9 Jan 2020

Sambal, antara khasiat dan selera!

Sambal pancing nikmat makan!

Eat Travel Sat, 21 Mar 2020