Eat Travel By: Shaidah Shafie June 3, 2019 @ 12:23pm

3 cara mudah elak hidang biskut raya lemau

Enaknya menggigit biskut yang rangup!

Hari Raya adalah antara hari yang paling menyeronokkan kerana pada masa inilah kita berpeluang menikmati makanan atau hidangan kegemaran. Antara hidangan wajib ada pada pagi raya tentunya aneka biskut raya sama ada tradisional mahupun biskut raya moden.

Biskut sarang semut, biskut mentega, biskut dahlia dan tidak terkecuali biskut raya moden seperti almond London dan tart nanas adalah antara biskut bertaraf elit yang boleh dikatakan wajib ada di dalam balang menyambut kedatangan handai taulan.

biskut raya

Biskut almond London antara hidangan kegemaran ramai yang dihidangkan pada pagi raya. NSTP/ Gambar hiasan

Bagaimanapun, semangat berhari raya berkemungkinan menurun apabila menggigit biskut cantik molek di atas meja, tetapi lemau dan rasa tidak seindah rupa.

Sebagai tuan rumah, anda seharusnya peka dengan mutu biskut atau kek yang dihidangkan kepada tetamu. Alang-alang mahu menjamu tetamu dengan kudap-kudapan yang indah pada mata serta indah juga pada rasa, pastikan ia tidak lemau.

Berdasarkan petua dahulu kala, ada tiga panduan mudah yang boleh anda lakukan ketika membakar biskut bagi memastikan biskut rasa enak, lambat berkulat dan tidak mudah lemau.

3 panduan mudah untuk menjadikan biskut tahan lama:

biskut raya

Cara menyediakan juga membantu dalam memastikan biskut raya tahan lama. (Gambar hiasan) NSTP/MALAI ROSMAH TUAH.

1.  Sebelum mengadun biskut, elok kiranya anda menjemur tepung yang akan digunakan dengan cara meletakkan di bawah panas terik matahari kerana cuaca panas akan menjadikan tepung kering dan tiada kelembapan tersimpan dalam serbuk gandum. Apabila tiada kelembapan, adunan akan menjadi elok seterusnya biskut yang dibakar juga akan masak dengan sempurna. Jika tidak berkesempatan menjemur tepung, anda boleh sangai (menggoreng tanpa minyak) tepung di dalam kuali seperti biasa. Kaedah ini juga adalah teknik mudah yang sering dilakukan orang dahulu kala.

2.  Apabila menerap biskut menggunakan acuan, pastikan ia sama saiz kerana bentuknya juga menyumbang kepada mutu masakan. Sekiranya anda menerap biskut dengan saiz yang pelbagai dan menyusun di dalam loyang dengan cara yang tidak teratur, ia dikhuatiri akan menyebabkan pengaliran udara atau haba panas menjadi tidak sekata pada setiap ruang antara biskut. Apabila haba mengalir tidak sekata, proses pembakaran juga akan menjadi tidak sekata seterusnya menyumbang kepada mutu yang tidak seberapa. Mungkin juga ada antara bahagian doh yang masih belum masak dan sebahagian daripadanya sudah masak. Kesannya biskut cepat rosak atau mudah lemau.

biskut raya

Simpan biskut dalam bekas kedap udara. NSTP?Gambar hiasan

3.   Simpan biskut di dalam bekas kedap udara dan pastikan biskut yang dibakar sudah sejuk sepenuhnya sebelum disusun di dalam bekas. Untuk memastikan ia sejuk sekata, selepas mengeluarkan dulang biskut daripda oven, alihkan biskut ke atas redai kerana tindakan ini akan menyebabkan haba panas biskut akan terbebas dengan cepat daripada kedua-dua bahagian dasar dan permukaan biskut. Apabila haba panas terbebas dengan baik, biskut anda kering elok dan lambat berkulat atau tidak mudah lemau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 7 May 2018

Marion Crepe Hidangkan Lempeng Nipis Yang Rangup Dan Sedap, Anda Bila Lagi Nak Cuba?

Jom try kelainan crepe yang super awesome di Marion Crepe ini. Gerenti sedap!

Eat Travel Sat, 9 Feb 2019

The Resort Eleuthera Bahamas, lokasi penginapan khusus untuk golongan obesiti saja. Wah, menarik! 

Kini pelancong obes boleh menikmati percutian tanpa dihakimi sesiapa. 

Eat Travel Wed, 8 Jan 2020

Ingin rasa masakan Hong Kong yang asli dan halal? Jom ke restoran ini!

Sajiannya sesuai sangat dengan cita rasa orang Melayu!

Eat Travel Fri, 3 Aug 2018
Eat Travel Fri, 13 Jul 2018

Sebelum Nak Beli, Ketahui Tip Memilih Durian Yang Terbaik Ini

Kalau nak beli durian yang isinya padat, ikuti tip ini ya!

Eat Travel Tue, 17 Jul 2018
Eat Travel Thu, 22 Aug 2019

Resipi daging yang pasti buat anda kecur liur!

Mudah untuk disediakan, paling penting sedap!

Eat Travel Fri, 17 Aug 2018
Eat Travel Tue, 5 Jun 2018

7 Sebab Pulau Bali Adalah Destinasi Honeymoon Yang Perfect Untuk Anda

Bukan saja cantik pemandangannya, ia juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pasangan.